Tahniah!! Isteri Kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah Selamat Bersalin

|| || ,,,, || Leave a komentar





 

Melalui laman instagram, isteri kedua Ashraf Muslim memaklumkan berita gembira mengenai kelahiran anak sulung pasangan ini.






Tepat jam 11.50 malam tadi, Wan Sakinah Ahmad Saburi telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kg.

Melalui mesej bergambar di instagram, Wan Sakinah melahirkan rasa gembira kerana anak nya itu mempunyai 2 orang ibu, Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf Muslim.

Untuk anda yang tidak tahu, Wan Sakinah merupakan isteri kedua Ashraf Muslim dan pasangan ini pernah menimbulkan kontroversi di negara kita apabila telah bernikah di Thailand pada Julai tahun tanpa pengetahuan isteri pertama, Dayana.

Tahniah buat Ashraf Muslim sekeluarga!

Kredit Sumber: RotiKaya

Komposer Indonesia Tuduh Katy Perry Ciplak Lagu Nike Ardilla

|| || ,,,,, || Leave a komentar
Lagu Dark Horse nyanyian Katy Perry yang dikatakan meniru lagu Indonesia bertajuk Tinggallah Kusendiri.


KOMPOSER Indonesia Yuke NS mendakwa lagu nyanyian Katy Perry berjudul Dark Horse mempunyai melodi yang hampir sama dengan lagu ciptaanya berjudul Tinggallah Ku sendiri yang dinyanyikan oleh Allahyarham Nike Ardilla.

Portal DetikHot.com melaporkan, Yuke memberitahu, kedua-dua lagu berkenaan mempunyai persamaan ketara pada bahagian intronya.

"Saya cuba teliti lagu Dark Horse mempunyai persamaan pada bahagian intro dan saya sangat pasti mereka mengambil melodi yang sama untuk lagu nyanyian Katy Perry itu," katanya.

Katy Perry diberi tempoh sebulan untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan menciplak lagu tersebut.

Bagaimanapun, Yuke berkata dia tidak pasti sama ada Katy Perry sengaja menciplak karya itu atau ia hanya secara kebetulan.

Lagu Katy berjudul Dark Horse dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu Tinggallah Ku Sendiri nyanyian Nike Ardilla.

Pihaknya telah menghantar surat teguran dan meminta penjelasan daripada penyanyi itu dalam tempoh sebulan.

"Kami memberi tempoh satu bulan kepada pihak pengurusan Katy Perry untuk memberi penjelasan dan jika tiada apa-apa tindakan kami akan beri surat teguran kepada pihak pengurusan penyanyi itu di Indonesia," katanya.
Tambah Yuke, protes itu dilakukan berikutan lagu tersebut akan dinyanyikan semula oleh kumpulan baharu, Moza.

"Lagu ini kita akan memberi nafas baru dan akan dinyanyikan semula oleh kumpulan Moza, tapi saya bimbang orang ramai akan mempertikaikan keaslian lagu ini dan mendakwa kami meniru lagu Katy Perry. Sebab itulah kami mahu permasalahan ini selesai dahulu," katanya.


Cuba pembaca amati sendiri lagu Katy berjudul 'Dark Horse'.





Sekarang kita dengar pula lagu 'Tinggallah Ku Sendiri' nyanyian Nike Ardilla.

Hrithik Roshan Dan Isteri Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

|| || ,,, || Leave a komentar
Hrithik dan Sussane masih lagi baik demi anak-anak mereka.


MESKIPUN sudah berpisah, hubungan Hrithik Roshan dengan isterinya, Sussane masih lagi baik terutamanya apabila berkaitan dengan urusan anak, kedua-duanya bersikap seolah-olah tiada masalah di antara mereka.

Menurut laporan apunkachoice.com, Hrithik dan Sussane sama-sama telah meraikan hari jadi anak sulung mereka, Hrehaan Roshan yang ketujuh tahun.





 Gambar Hrithik Roshan bersama anak-anaknya.


"Majlis hari jadi itu bertemanakan taman dan semua itu dianjurkan sendiri oleh Sussane dan Hrithik," kata sumber.

Walaupun Hrithik dan Sussane tidak lagi duduk serumah, namun pasangan itu belum bercerai secara rasmi.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Hridhaan, berumur lima tahun.

Adira Akui Masih Bercinta Dengan Shahrul

|| || ,,,, || Leave a komentar
Adira akui masih lagi menjalinkan hubungan dengan Shahrul. 
      

KUALA LUMPUR: Membuktikan hubungan cinta mereka masih kekal, kekasih kepada Adira iaitu Shahrul Nasrun hadir memberi semangat kepada penyanyi itu pada malam pratonton Konsert Stanza Cinta yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Khamis lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, dia sendiri terkejut kerana tidak dimaklumkan teman lelakinya yang juga Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia itu hadir pada malam pratonton tersebut.

"Saya tidak tahu dia ingin datang menyaksikan konsert ini, tiba-tiba sahaja semasa segmen kedua, pengurus pentas memberitahu ada seorang lelaki ingin jumpa saya.

"Biasanya saya memang tidak beritahu dia saya berada di mana, cuma mungkin dia tahu tentang konsert ini dan sengaja datang untuk memberi semangat," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Adira menafikan kehadiran kekasihnya itu adalah untuk membuktikan kepada masyarakat gosip mereka putus cinta tidak benar.

"Saya tidak ada apa-apa masalah pun dengan dia dan hubungan kami masih seperti dahulu.

"Orang bercakap demikian kerana saya padam gambar dia di laman Instagram, namun sebelum saya padam saya sudah memberitahu dia terlebih dahulu.

"Lagi pula hanya gambar kami berdua sahaja yang saya padam, masih banyak lagi gambar dia seorang dalam Instagram saya," katanya.

Adira bertindak demikian bagi mengelakkan pergaduhan antara peminat yang tidak senang dengan gambar tersebut.

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan aktres Lana Nordin yang turut dikatakan mempunyai hubungan dengan Shahrul, Adira berkata dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon wanita itu.

"Saya pernah terserempak dengan Lana dalam satu majlis, kami bertegur seperti biasa dan tiada masalah.

"Ketika khabar angin itu timbul saya ada bertanya dengan Shahrul tentang perkara berkenaan tetapi dia sudah menjelaskan perkara tersebut," katanya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjasama dengan bekas kekasihnya penyanyi Hafiz Suip dalam persembahan berkenaan Adira berkata, dia   tidak menyimpan sebarang perasaan cinta kepada penyanyi itu lagi.

Jelasnya, apa yang berlaku antara dia dan Hafiz di atas pentas hanya atas dasar kerja semata-mata.

"Saya bakal bekerjasama dengan Hafiz untuk beberapa projek akan datang, tetapi ia bukan satu masalah.

"Kami sudah jadi kawan baik dan saya tiada sebarang perasaan lagi terhadapnya. Babak bersentuhan yang dilihat di atas pentas hanya untuk menarik perhatian penonton," katanya.

Konsert Stanza Cinta turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti Amy Search, Noh Salleh, Jaclyn Victor, dan  Haziq yang berlangsung selama dua hari iaitu 4 dan 5 April ini di Panggung Sari, Istana Budaya.


Oleh: KEMALIA OTHMAN

Kerana Ayu, Radhi OAG Bebas Dari Dadah

|| || ,,,, || Leave a komentar
 Radhi bersama anaknya, Muhammad Rifdhi Muslim dan juga isteri, Ayu.

  
SHAH ALAM: Penyanyi Radhi (OAG) amat bersyukur bertemu jodoh dengan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, kerana mempunyai semangat tinggi dalam membantunya mengubah hidup untuk   bebas daripada najis dadah.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 37, berkata, sejak berkenalan dengan Ayu, dia yakin wanita muda itu mampu menjadi tulang belakangnya dalam segala hal.

"Kalau nak tahu, saya masuk ke Pusat Pemulihan Pengasih pun kerana Ayu. Kata-katanya pada saya ketika itu telah membuka mata dan hati untuk terus memulihkan diri.

"Alhamdulillah selepas setahun, saya hampir sembuh dan sehingga kini Ayu menjadi tulang belakang saya untuk bersih daripada dadah," katanya.

Radhi dan Ayu sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis serba ringkas yang di adakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat. Bagaimanapun pasangan itu belum merancang mengadakan majlis resepsi dalam masa terdekat.



Radhi mengharapkan kebahagiaan buat perkahwinan keduanya ini.


Tambah Radhi, keterbukaan Ayu menerima kisah-kisah silamnya membuatkan dia bersyukur kepada Tuhan kerana diberi seorang isteri yang memahami.

"Alhamdulillah, perkahwinan kedua ini memberi seribu makna. Ayu ibarat  segala-galanya bagi saya. Dialah tulang belakang saya dan dia juga pembantu saya dalam pengurusan kerjaya nyanyian dan perniagaan.

"Diharap kisah silam lama menjadi pengajaran untuk saya berubah kepada seorang lelaki yang lebih baik buat Ayu," ujarnya.|

Sementara itu, Ayu pula berkata, dia juga bersyukur kerana keluarganya menerima Radhi tanpa melihat latar belakang silam penyanyi itu selain turut membantu memulihkan Radhi daripada ketagihan dadah.

"Perkara pertama sekali (untuk berkahwin) semestinya kita perlu mendapat restu kedua-dua ibu bapa. Alhamdulillah mereka terima Radhi seadanya.

"Malah ayah saya juga pernah membawa Radhi ke pusat rawatan tradisional  untuk menyembuhkan masalah ketagihannya itu sebelum dibawa ke Pengasih.

"Tidak sangka, akhirnya kami disatukan walaupun pelbagai cabaran yang dilalui. Alhamdulillah," tuturnya.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Ayu dan  kedua buat Radhi.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Shazlin Sharif, 35,  Radhi dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 8 tahun.


Oleh: FERIDE HIKMET ATAK