Tampilkan postingan dengan label AIM 19. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label AIM 19. Tampilkan semua postingan

Shila Amzah Mohon Maaf Kerana Cium Tangan Kekasihnya

|| || ,,,, || Leave a komentar

 Gambar yang menjadi 'Kontroversi'di sebalik imej bertudung Shila Amzah. 



Shila Amzah bersama kekasihnya aktor Sharnaaz Ahmad ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik ke-19 di Stadium Malawati, Shah Alam, malam Sabtu.
 

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.

"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang.

"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.

Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.

Patah Seribu yang juga merupakan pemenang bagi kategori Lagu Pop Terbaik telah menewaskan 5 lagu lain iaitu Counting Days (Jaclyn Victor), Aku Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah), Idola (Azlan & The Typewritter), Doa (Nora) dan Kuasa Cinta (Noraniza Idris).

Tambah Shila, dia juga ingin menjelaskan kepada mana-mana pihak tentang ucapannya yang pertama kali memenangi anugerah di negara ini.

"Apabila saya kata tak pernah menang apa-apa dalam negara sendiri, itu bermaksud tentang karier solo saya.

"Memang saya ada menang anugerah tapi ia menerusi 3 Suara bersama-sama dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan tersebut.

"Saya harap tidak ada lagi yang salah faham dengan kenyataan tersebut," tuturnya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis AIM, Shila berkata, dia bersyukur dan berbangga dengan penantian 12 tahun sepanjang berada di bidang seni muzik berbaloi lebih-lebih lagi apabila lagu yang diiktiraf itu merupakan hasil ciptaannya sendiri.

"Alhamdulillah, ini adalah rezeki Allah berikan pada saya. Walaupun tidak pernah diiktiraf selama ini, saya tidak tidak pernah kecewa, tetapi ia mungkin satu pengajaran bahawa apa yang saya tampilkan selama ini belum cukup kuat.

"Tetapi dalam hati ada juga terfikir dan bertanya sendirian bilalah masanya untuk saya mencapai kejayaan seperti rakan-rakan seperjuangan lain. Bagaimanapun saya simpan sahaja perasaan itu dan mengharapkan kemenangan itu berpihak pada saya pula, dan saat itu akhirnya dapat dirasa.

"Terus-terang saya sendiri tidak jangka Patah Seribu dapat diiktiraf ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia dihasilkan dalam masa 20 minit sahaja," ujarnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Siapa ‘Musuh’ Jijik Azwan Ali Atas Pentas AIM19 2012?

|| || ,,, || Leave a komentar


Semalam, satu Malaysia menyaksikan majlis Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19) 2012 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam.Sebanyak 19 anugerah yang dipertandingkan untuk mengangkat bakat dan kebolehan semua artis-artis yang berkecimpung dalam dunia muzik di negara kita.Dalam pada peminat-peminat dan para penonton yang suka menyaksikan majlis itu berlangsung, berlaku satu situasi ‘tegang’ di laman sosial Twitter.Di laman Twitter, seperti biasa, artis lelaki, Azwan Ali telah melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada acara yang boleh dikatakan meriah dan berjalan dengan lancar.
Persoalannya, apa yang Azwan Ali tidak puas hati?
Azwan Ali telah memuat naik status yang mengatakan tidak suka melihat ‘musuhnya’ berada di atas pentas.
Persoalannya sekali lagi, siapakah musuh yang dikatakan oleh Azwan Ali itu?
Suatu ketika dahulu, Azwan dan pengacara lelaki AIM19, Aznil Hj. Nawawi atau lebih dikenali dengan Pak Nil sahaja pernah ‘berperang’ dan hubungan mereka tidak berada dalam keadaan baik.
Tetapi, kemelut yang melanda antara mereka berakhir apabila mereka berdua sepakat untuk berbaik semula.
Berbalik kepada persoalanan tadi, siapakah musuh yang dianggap oleh Azwan kerana di dalam  Twitternya juga, Azwan menerangkan Pak Nil Adalah bukan musuhnya.
Jadi, siapakah musuh Azwan yang dikatakan ‘jijik’ dan menyemak atas pentas?
Artis wanita yang bergandingan dengan Pak Nilkah?
Apa-apa pun, hanya Azwan Ali sahaja yang tahu.

Oleh: SORAYA IMAN
Foto: Twitter Azwan Ali

Shila Amzah Menang Lagu Terbaik AIM 19

|| || ,,, || Leave a komentar
Shila memberitahu kejayaannya pada AIM 19 adalah sesuatu yang manis kerana pertama kali diiktiraf di negara sendiri. 


SHAH ALAM: Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini malam Sabtu.
Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu.
Lebih bermakna apabila karya berkenaan adalah hasil ilham Shila sendiri daripada penulisan lirik sehingga penciptaan lagu.
"Saya amat terharu dengan kemenangan ini. Ia adalah kejayaan pertama saya di negara sendiri " katanya selepas menerima trofi kemenangan daripada penyanyi terkenal, Datuk Hattan.
Patah Seribu turut dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Lagu Pop Terbaik menewaskan karya lain seperti Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan Terukir Di Bintang (Yuna).


Jaclyn turut membawa pulang dua trofi pada AIM 19 yang berlangsung pada malam Sabtu. 


Sementara itu bagi kategori Album Terbaik jatuh kepada kumpulan Salam Musik menerusi album sulung mereka berjudul Salam.
Mereka menewaskan calon lain seperti Stacy, Nora, Hujan dan Pesawat.
Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor turut merangkul dua anugerah pada malam itu menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) melalui lagu Counting Days dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
Kumpulan remaja, Forteen merangkul anugerah dalam kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Seperti Dulu.  


Manakala penyanyi veteran, Jamal Abdillah merangkul trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan turut diumumkan sebagai penerima trofi menerusi kategori Lagu Hip Hop Terbaik gandingannya bersama Malique (Too Phat) melalui lagu Aku Maafkan Kamu.
Bagi kategori Artis Baru Terbaik, AIM 19 menobatkan kumpulan Mojo sebagai penerima anugerah tersebut sementara Lagu Rock Terbaik diterima oleh Azlan The Typewriter melalui lagu Idola.
Penerima anugerah lain adalah Noraniza Idris untuk kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu ciptaan Edrie Hashim dan Ahmad Fedtri Yahya iaitu Kuasa Cinta.
Anugerah Sri Wirama AIM18 diberikan kepada kumpulan Alleycats atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam bidang muzik selama 43 tahun.
Trofi tersebut disampaikan oleh Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Khairul Anwar Salleh.

Mizz Nina merangkul Anugerah Kembara atas kejayaannya menempa nama di peringkat antarabangsa. 
Manakala penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina diangkat sebagai pemenang Anugerah Kembara atas kejayaannya menempa nama di luar negara.
Acara tersebut dihoskan oleh Aznil Nawawi dan Adibah Nor.
AIM 19 turut menampilkan persembahan hebat pada malam itu seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz menerusi lagu Muara Hati, GX4, Nirwana, Stephen Rahman Hughes dan Forteen.


Berikut adalah senarai penuh pemenang AIM 19:
1. Artis Baru Terbaik
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Jaclyn Victor (Counting Days)
4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Forteen (Seperti Dulu)
5. Kulit Album Terbaik
Even Odds Sdn. Bhd. - MizzNina (Take Over)
6. Rakaman Album Terbaik
Rahmad Ayob - Nora (Hikmah)
7. Video Muzik Terbaik
Quek Shio Chuan - Yuna (Sparkle)
8. Lagu Pop Etnik Terbaik
Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris
9. Lagu Nasyid Terbaik
Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) - Nora
10. Lagu Rock Terbaik
Idola (Audi Mok/Dark) - Azlan & The Type Writer
11. Lagu Pop Terbaik
Patah Seribu (Shila Amzah) - Shila Amzah
12. Lagu Hip Hop Terbaik
Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) - Jamal Abdillah & Malique
13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) - Jaclyn Victorr
14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Aubrey Suwito (Counting Days - Jaclyn Victor)
16. Album Terbaik
SalamMusik (Salam - SalamMusik)