Tampilkan postingan dengan label Anak Artis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Anak Artis. Tampilkan semua postingan

Erra Fazira Terkejut Engku Emran Mahu Rujuk Semula

|| || ,,,,, || Leave a komentar
 Erra Fazira terkejut dengan tindakan bekas suami membayangkan mahu rujuk semula.

 

PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan  isu apabila  bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata seolah-oleh mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 18 Februari lalu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya.

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak.

“Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp yang dikirimkan di sini pada malam Ahad.


Tulisan #prayformomandayah pada baju yang dipakai Engku Aleesya dimuat naik di Instagram Emran pada Sabtu.


Pada Sabtu, Emran, 39,  menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah.

Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.

Dalam pada itu Emran turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya dengan Erra.

Kenyataan Emran membuatkan peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai  tanda mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.

Pemerhatian mStar Online pada Instagram milik Engku Emran menerusi akuan iamkumbre  sehingga pukul 1.45 petang Isnin mendapati seramai 6,433 orang memberi tanda ‘like’ pada status yang memaparkan gambar anaknya Engku Eleesya, 5, memakai baju T tertulis #prayformomandayah.

Selain itu terdapat kira-kira 1,244 pengikut laman sosial itu memberi komen masing-masing.

Dengan menggunakan hastag #prayformomandayah pengikut laman sosial berkenaan   menulis komen-komen positif dan menyokong tindakan yang dilakukan Engku Emran itu sebagai usaha untuk kebaikan keluarga mereka.


Mungkinkah ada sinar untuk Erra Fazira dan Emran kembali bersama?

Sementara itu, beritahu Erra, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui.

"Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.


Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
 feride@thestar.com.my

Ashraf Muslim Ucapkan Terima Kasih Kepada Kedua-Dua Isterinya

|| || ,,,,, || Leave a komentar

Betapa bahagianya Ashraf yang ditemani kedua-dua isterinya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan bayi perempuan sempurna dengan seberat 2.51 Kilogram itu.
 

“TERIMA kasih Sakinah, terima kasih Dayana dan yang paling penting terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku selama ini,” begitulah luahan Ashraf Muslim menerusi laman Instagram yang turut memuat naik foto kelahiran bayi pertamanya.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, membayangkan betapa bahagianya Ashraf,  sementelah isteri pertamanya Dayana turut hadir melawat anak pertama mereka. Malah Sakinah, yang baru sahaja melahirkan bayi itu pada Ahad malam lalu, turut berada sama di sisi mereka.



Luahan kegembiraan Ashraf Muslim menerusi laman Instagram. 


Melihat kemesraan itu, jelas menunjukkan mereka kini semakin bahagia hidup berpoligami.

Teruja dengan kehadiran 'orang baru' dalam kehidupan mereka, Ashraf turut memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan bayi perempuan sempurna dengan seberat 2.51 Kilogram itu.

Malah akui Ashraf, kehadiran bayi itu melengkapkan lagi serta merapatkan lagi silaturahim antara mereka sekeluarga.

Bagi Ashraf, ia merupakan saat  dan momen indah buat mereka sekeluarga dan mengharapkan semua peminat dan masyarakat mendoakan kesihatan bagi anaknya yang baru lahir.

Sebelum ini kisah poligami mereka pernah menjadi perhatian masyarakat apabila Ashraf bertindak mengahwini Sakinah di Thailand. Bagaimanapun, kini Ashraf berjaya membuktikan mereka mampu bahagia meskipun harus berbahagi kasih.


OLEH WAN NASRAH ABDUL RAHIM

Gambar Majlis Pernikahan Anak Datuk K Dan Anak Datuk Seri Hishammuddin

|| || ,,, || Leave a komentar
 


Tahniah di ucapkan kepada pasangan mempelai Anas Zawawi Datuk Khalid dan Allysa Datuk Seri Hishammuddinyang kini sah bergelar suami isteri.

Anas merupakan anak kepada Datuk K dengan bekas isterinya, Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Dalam majlis itu, Anas dinikahkan sendiri oleh Hishammuddin.

Anas mengenali Allysa  ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu,khabarnya majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).