Tampilkan postingan dengan label Artis Veteran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Artis Veteran. Tampilkan semua postingan

Al Fatihah!! Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia

|| || ,,, || Leave a komentar
 Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un buat almarhum Pak Aziz Satar yang telah meninggal dunia awal pagi tadi di Kajang. DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Moga almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Al-Fatihah


PETALING JAYA:  Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Terdahulu pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok.

Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.



Wajah Aziz Sattar semasa muda


Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Antara kisah menarik Allahyarham, beliau pernah disiksa oleh tentera Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di singapura pada tahun 1950-an.

Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya sahaja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak.

Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dekat sini dengan mas kahwin RM100.

Ketika berita ini ditulis kira-kira pukul 2.30 pagi, mStar Online difahamkan jenazah Allahyarham masih ditempatkan di Pusat Perubatan KPJ Kajang dan urusan pengebumian akan dimaklumkan selepas semua ahli keluarga berkumpul.

mStar Online akan mengemaskini perkembangan mengenai Allahyarham kemudian.


Oleh: NIEZAM ABDULLAH
niezam@thestar.com.my

Al Fatihah!! Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

|| || ,,, || Leave a komentar
 Seniwati Latifah Omar



KUALA LUMPUR - Seniwati terkenal era Cathay Keris, Latifah Omar meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira pukul 6.20 petang tadi pada usia 74 tahun.

Seniwati Latifah Omar dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setelah menjalani pembedahan akibat penyakit ulser. Pelakon veteran berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad sejak seminggu lalu setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah.


Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar kira-kira pukul 11 pagi Isnin.


 Gambar Seniwati Latifah Omar di zaman mudanya.


Seniwati Latifah Omar memulakan karier seninya dalam bidang lakonan sejak berusia 16 tahun dan turut berlakon di samping Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Seniman Nordin Ahmad.

Beliau sudah berlakon lebih daripada 20 buah filem antaranya Panggilan Pulau, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Bawang Putih Bawang Merah dan Naga Tasik Chini, Raden Mas, Serangan Orang Minyak, Hang Jebat dan Lanchang Kuning. Pada 1953, Latifah juga dinobatkan sebagai ratu cantik Singapura.

Industri filem tanahair kehilangan sebutir lagi bintang hanya selepas beberapa hari lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu Seniman S.Shamsuddin juga meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.


Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Al Fatihah.

Pelakon Veteran Kuswadinata Semakin Tenat Dan Kritikal

|| || ,,, || Leave a komentar
Pelakon Kuswadinata dikunjungi rakan artis (dari kiri) Freddie, Azizul Khamis dan Deen Maidin.


KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

"Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan.

"Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.

"Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya.

Rizal ditemui di Hospital Ampang ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang mahu melawat ayahnya itu.


 Kuswadinata kelihatan segak semasa sihat.


Karyawan diwakili Presidennya, Datuk Freddie Fernandez.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.

"Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

"Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujarnya.

Sementara itu Freddie Fernandez telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga pelakon itu bagi mengurangkan beban mereka selain berharap agar mereka tabah menerima sebarang dugaan.

Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK