Tampilkan postingan dengan label Ayu Raudhah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ayu Raudhah. Tampilkan semua postingan

Gambar Anak Ayu Raudhah & Zaquan Adha

|| || ,,, || Leave a komentar
Inilah wajah anak lelaki sulung pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha



KUALA LUMPUR – Pelakon Ayu Raudhah Che Wan, 28, telah selamat melahirkan anak lelaki sulungnya pada pukul 2.17 petang semalam di Hospital Columbia, Johor Bahru. Menurut suami kepada pelakon itu, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 26, yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, isterinya telah melahirkan bayi seberat 2.79 kilogram dalam keadaan normal. “Saya sangat bersyukur semuanya berjalan lancar dan selamat. Tiada apa yang saya harapkan selain isteri dan anak saya sihat,” katanya semalam.




Tambahnya, perasaannya bercampur antara gembira dan berdebar menanti kelahiran bayi sulungnya. “Isteri saya mengadu sakit-sakit dan telah masuk ke hospital pada pukul 11 malam semalam (kelmarin). Sebenarnya memang tarikh 29 Mac dijangka oleh doktor untuk isteri saya melahirkan anak,” ujarnya yang turut ditemani keluarga terdekat ketika berada di hospital tersebut.






Bagaimanapun, Zaquan menjelaskan, dia dan Ayu masih belum memutuskan nama yang ingin diberikan. Ayu Raudhah, adik kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zaquan Adha mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2011. Ayu pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya enam minggu dua tahun lalu.

Kredit Gambar: Instagram Zaquan Adha

Ayu Raudhah Anggap Rita Rudaini 'MELAMPAU'

|| || ,,, || Leave a komentar
 Ayu Raudhah kini sedang hamil dua bulan.


KUALA LUMPUR: Pelakon Ayu Raudah menyifatkan Rita Rudaini yang membuat tuduhan kandungannya gugur pada tahun lalu adalah satu balasan Tuhan sebagai perbuatan yang melampau dan amat kasar.

Malah Ayu, 27, berkata, tuduhan melalui entri Twitter Rita itu juga telah menyebabkan orang ramai menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang yang berusia dua bulan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

"Saya tak faham kenapa dia (Rita) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya.

"Tambahan pula ia telah mengelirukan sesetengah orang yang anggap saya telah keguguran sekali lagi," katanya.


Bagaimanapun tambah Ayu, dia tidak berasa tertekan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan padanya, cuma masih tertanya-tanya apakah punca Rita terlalu bencikan dirinya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.

Sementara itu, bercerita mengenai kandungannya, Ayu begitu teruja dengan cahaya mata sulung yang dikandung malah tidak sabar mahu menunggu kelahiran bayi itu.

Ayu memberitahu dia lebih berjaga-jaga daripada segi penjagaan diri agak kejadian dia keguguran tahun lalu tidak berulang lagi.

"Saya memang teruja dengan kehadiran bayi ini. Lebih seronok lagi apabila saya mendapat perhatian lebih daripada suami (Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak).

"Terasa macam permaisuri pula kerana saya tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja rumah walaupun hanya mahu sapu sampah. Doktor tidak membenarkan saya membuat apa-apa pun.

"Seronok juga, kerana inilah masanya untuk kita berhat sebaik-baiknya, cuma kadang-kala saya berasa sedikit bosan kerana tidak tahu nak buat apa," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Ayu bakal muncul di layar perak menerusi filem Untuk Tiga Hari yang akan ditayangkan pada 20 September ini.

Kemelut Ayu dan Rita berlaku apabila Ayu dikatakan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga yang dibina Rita bersama kembar kepada Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Ayu Raudhah Sedia Bersemuka Dengan Rita Rudaini

|| || ,,, || Leave a komentar
Gambar Ayu Raudhah bersama suaminya,Zaquan Adha
    

Kalau difikirkan mereka berdua tidak pernah bertengkar. Malah Ayu Raudhah memberitahu, dia pernah bekerjasama dengan Rita Rudaini dan menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang sangat baik. Namun entah macam mana, tiba-tiba saja tercetus perselisihan faham di antara dua aktres ini gara-gara kontroversi yang timbul yang mana membabitkan kisah rumah tangga di antara Rita bersama suami, Aidil Zafuan yang juga merupakan kembar kepada suami Ayu iaitu Zaquan Adha.

Sungguhpun macam-macam cemuhan juga dakwaan yang diterima sama ada secara terus mahupun di laman twitter dilemparkan terhadapnya, Ayu berkata dia seperti sudah lali dengan segala kritikan.

Sampaikan dia enggan lagi ambil pusing dengan cerita-cerita negatif yang mengaitkan dirinya. Bagaimanapun jauh di sudut hati, adik ik kepada pelakon jelita lagi seksi Rozita Che Wan ni berhasrat mahu bertemu muka dengan kak iparnya itu untuk menjernihkan keadaan sekaligus memulihkan hubungan mereka.

"Ramai yang hentam tapi Ayu dah macam lali dengan kontroversi yang tercetus. Tak mahu fikirkan sangat. Tak tahu dah macam mana nak jelaskan pada mereka semua. Tapi suami banyak kali juga pertahankan Ayu cuma Ayu katakan padanya, biarlah.

"Ayu tidak ada masalah dengan dia (Rita) dan juga hairan mengapa hubungan kami jadi begini. Ayu sedia nak jumpa dengan dia, kalau tindakan itu boleh menjernihkan keadaan.

Gambar Rita Rudaini bersama suami,Aidil Zafuan dan anak-anak mereka.

"Ayu memang tidak mengenali dia secara dekat kerana sepanjang tempoh berkahwin dengan suami, kami tidak pernah berjumpa. Tetapi pernah berjumpa sekali iaitu ketika kami sama-sama berlakon dalam drama Rafflesia tidak lama dahulu. Pada saya, Rita seorang yang baik. Tak sangka pula boleh timbul masalah sebegini,” jelas pelakon Untuk Tiga Hari itu  sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan dia kini tertekan dengan kemelut yang dihadapinya itu.

Ayu ditemui di sidang media dan previu filem tersebut, bertempat di GSC, Pavillion, semalam.

Ditinggalkan Zaquan Di Rumah Che Tah.

Sementara itu dia turut berkongsi pengalaman berbadan dua. Sejak disahkan hamil, katanya atas nasihat doktor dia tidak membuat sebarang perkerjaan. Sebaliknya masa lebih banyak dipenuhi dengan berehat.

“Saya tidak buat apa-apa sekarang sebab doktor nasihatkan saya berehat. Doktor bimbang kalau saya banyak bergerak, kandungan saya akan boleh gugur macam dahulu. Saya pun tidak mahu perkara sama berulang. Jadi, saya gunakan kesempatan ini untuk berehat sepuas-puasnya.

"Zaquan pun halang saya buat kerja-kerja rumah. Sapu sampah pu n tak boleh. Selain itu, dia juga tak berani hendak tinggalkan saya seorang diri di rumah. Kalau dia perlu bermain bola di luar Kuala Lumpur, dia akan hantar saya ke rumah kak Tah (Rozita Che Wan aka Che Tah) untuk bermalam. Seronok juga bila dimanja-manjakan begini,” ujar Ayu yang kini hamil tiga bulan.

Oleh Farahanim Rahim  

Rita Rudaini 'Sindir' Keguguran Ayu Raudhah Sebagai Balasan Dari Tuhan

|| || ,,,, || Leave a komentar


Sebenarnya bukan pertama kali tulisan Rita Rudaini di Twitter menjadi perhatian ramai dan kali ini nampaknya seakan lebih jelas kepada siapa ianya di’tujukan.

Beberapa hari lalu, Ayu Raudhah tampil dalam Utusan Malaysia bercerita tentang pengalaman keguguran kandungan yang dialami sekitar Oktober 2011 yang lalu.

Ayu Raudhah berkata mungkin kerana beliau bekerja terlalu keras & sebab itulah keguguran itu berlaku — kini beliau ingin berehat untuk berusaha menghasilkan zuriat.

Lain ceritanya dengan Rita Rudaini yang meluahkan perasaan beliau terhadap apa yang berlaku ke atas Ayu Raudhah — dan menganggap semua itu sebagai balasan Tuhan.

“Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu ketika pregnant. Macam itulah rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah Itu Maha Adil,” tulis Rita Rudaini kelmarin.







Tulisan Rita Rudaini itu sebenarnya disambut oleh suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha juga melalui Twitter dengan mengatakan pelakon itu kini sudah mula meroyan.

Kredit Sumber: Rotikaya

Ayu Raudhah Nafi Jadi Orang Tengah Antara Jue Aziz & Aidil Zafuan

|| || ,,,, || Leave a komentar

Nama pelakon cantik  yang baru sahaja berhijab sejak 1 Ramadan lalu ni sekali lagi 'panas' ekoran dakwaan menjadi orang tengah antara abang iparnya, Aidil Zafuan dengan pelakon Jue Aziz.

Menurut ruangan gosip sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Aidil, yang merupakan suami Rita Rudaini, menjalin hubungan cinta dengan Jue.

Laporan itu mendakwa perkenalan kedua-dua mereka diatur oleh Ayu Raudhah.

Menjawab dakwaan itu, Ayu berkata, "saya tidak tahu macam mana nama saya boleh dikaitkan dengan hal itu."

"Ini kerana saya tidak pernah mencampuri segala hal dan urusan hidup Aidil," katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Dengan nada kecewa Ayu menambah, "sekarang ini, apa saja berkaitan Aidil, mesti nama saya terpalit sama sedangkan saya tidak tahu menahu mengenai perkenalan mereka."

Ayu mengaku ada membaca gosip itu berkata, lebih elok soalan berkaitan dituju kepada Aidil dan Jue sendiri.

"Tanya kepada tuan badan sendiri kerana saya memang tidak ketahui pucuk pangkalnya dan tak pasal-pasal nama saya yang kena," katanya.

Ayu sebelum turut dihimpit kontroversi apabila dikatakan dirinya dan suaminya, Zaquan Adha mencampuri urusan rumah tangga Aidil dan Rita dengan 'membantu' Aidil keluar dari rumahnya di Damansara pada Januari lalu.



- mD