Tampilkan postingan dengan label Fareeda. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Fareeda. Tampilkan semua postingan

Kerana 'Tudung Fareeda', Isteri Fizo Omar Terima Tohmahan Dan Hinaan

|| || ,,,, || Leave a komentar
Fizo Omar anggap komen negatif terhadap isterinya Mawar kerana iri hati dengan perniagaan tudung Fareeda.
   
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka.

"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.

"Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan segelintir pihak yang menganggap pernghasilan tudung jenama Fareeda tidak mengikut cara-cara tudung yang dituntut dalam Islam.

Mawar merupakan pemilik jenama tudung itu yang diusahakannya bersama keluarga.


 Antara koleksi tudung Fareeda yang sentiasa laris di pasaran.


Tambah Fizo, agak menyedihkan pihak-pihak berkenaan turut mengecam Mawar di semua laman sosial setiap kali dia memuat naik gambar mereka bersama.

"Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif.

"Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya," soal Fizo.

Jelas Fizo, jenis tudung yang dipakai oleh Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda.

"Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.

"Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh," katanya.

Bagaimanapun, jelas Fizo, isterinya tidak pernah mengambil peduli dengan sebarang tohmahan di laman-laman sosial.

Katanya, Mawar lebih banyak menumpukan perhatian terhadap perniagaan berbanding mengambil tahu komen negatif yang tidak mendatangkan keuntungan.

"Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa.

"Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu Fizo  juga tidak menolak kebanyakan individu memberi komen negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu.

Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my

Isteri Fizo Omar Mempunyai 1,000 Helai Koleksi Tudung

|| || ,,, || Leave a komentar
Mawar tidak ulang memakai tudung yang sama.



Mawar mendedahkan mempunyai 1,000 koleksi tudung dalam simpanannya.

  
APA!!!1,000 helai tudung dalam almari? Rasanya belum ada lagi artis yang mampu pecah rekod isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Mawar Abdul Karim yang mempunyai koleksi tudung sebanyak itu. Kalau ada sila tampil dan tunjuk buktinya! Haaa.....

Tetapi itulah yang diberitahu oleh Mawar yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda ini ketika ditemui pada mahjlis sidang media program Terima Kasih Sayang baru-baru ini.

Bukan itu saja, Mawar memberitahu tidak akan memakai tudung tersebut lebih daripada sekali. Patutlah.. setiap kali tampil ke acara hiburan, Mawar bergaya penuh stail dengan koleksi tudung-tudungnya. Kekwat tak??

"Sebagai jurucakap dan pereka di Fareeda adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa jenama tersebut selain menggayakan rekaan terkini dan sebab itu saya tidak akan memakai sesuatu tudung itu lebih daripada sekali.

"Siapa lagi hendak promosikan jenama Fareeda kalau bukan saya. Betul tak?," katanya.

Bagaimanapun kata Mawar, kesemua tudung yang telah digayakan itu tidak akan dibazirkan begitu sahaja dan akan diberikan kepada kenalan rapat atau saudara mara terdekat.

Bercakap mengenai gayanya pada majlis berkenaan, Mawar berkata bagi menyesuaikan tema majlis berkenaan dia mereka sendiri tudung yang dipakainya sehari sebelum acara bermula.

Malah kata Mawar, tudung berkenaan hanya siap pada sebelah pagi sebelum majlis sidang media itu bermula.

"Kebetulan saya memang gemarkan warna Ungu dan tudung yang saya gayakan ini mendapat inspirasi daripada tema berkenaan.

"Rekaan ini bukan sahaja untuk majlis berkenaan malah akan dijual kepada pelanggan mulai minggu hadapan," jelasnya.

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI