Tampilkan postingan dengan label Hot Mama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hot Mama. Tampilkan semua postingan

Fauziah Latiff Bahagia Hidup Sendirian

|| || ,,, || Leave a komentar



“HIDUP mesti diteruskan". Itulah ungkapan yang dikongsi penyanyi jelita, Fauziah Latiff mengenai kehidupan peribadinya yang sehingga kini masih lagi sendirian. Positif dalam soal jodoh, Fauziah hanya berserah pada takdir.

Biarpun sehingga kini masih belum menemui pasangan hidup, penyanyi dan pelakon jelita, Fauziah Latiff akui dirinya masih bahagia menjalani kehidupan solonya.

Tidak mahu terlalu memikirkan soal jodohnya, penyanyi yang mesra disapa Jee ini hanya berserah mengenai hal itu.

“Apa sahaja yang berlaku, saya hanya berserah pada ALLAH SWT kerana Dialah yang menentukan segala-galanya dan kita hanya berusaha buat yang terbaik.

“Seperti biasa, saya letakkan kisah peribadi di belakang dan fokus pada perkara yang sepatutnya kerana kehidupan perlu diteruskan.

“Kalau ada jodoh, adalah. Saya ‘cool’ sahaja,” katanya ketika di temui pada majlis sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia di Hotel Royal, baru-baru ini.

Kata Fauziah, untuk mengelakkan daripada rasa kesunyian, banyak masanya diluangkan bersama teman-teman dan aktiviti yang diceburinya.





“Saya hidup seperti orang biasa. Dalam soal ini kita tidak perlu terlalu memikirkannya.

“Disebabkan masa saya penuh dengan pelbagai aktiviti, secara tidak langsung perasaan sunyi itu tidak timbul,” katanya.

Merajuk dengan industri?

Mungkin nama dan kisahnya kini agak jarang didengari, namun siapa sangka Fauziah masih lagi aktif dalam dunia hiburan tempatan.

Tapi apa yang membezakannya, dia kini lebih fokus terhadap karier di sebalik tabir menerusi syarikat produksi miliknya sendiri.

Berkongsi serba sedikit perkembangan terbarunya, penyanyi yang terkenal dengan lagu, Teratai Layu Di Tasik Madu, ini akui tidak pernah terfikir untuk bersara dalam industri hiburan.

“Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, tapi saya masih lagi membuat beberapa persembahan untuk majlis-majlis khas dan pada masa yang sama sibuk dengan produksi saya sendiri.

“Secara tidak langsung, saya masih aktif dalam industri ini tapi tidaklah rancak seperti dahulu.

“Saya selesa dengan kehidupan sekarang yang lebih tumpukan masa untuk kehidupan sendiri,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut mengenai karier nyanyiannya, Fauziah memberitahu dia kini sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan buat tangan baharu buat peminat.

“Sebenarnya saya ada terima satu tawaran untuk hasilkan single baharu. Tapi buat masa ini saya belum buat sebarang keputusan.

“Mungkin kalau ada rezeki, saya anggap penghasilan single ini sebagai buah tangan kepada peminat yang mungkin sudah lama menantikannya,” jelasnya.


OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM

Nora Danish Nafi Sambut Hari Jadi di Kelab Malam

|| || ,,, || Leave a komentar
Gambar Nora Danish menyambut hari jadi di sebuah restoran.



Aktres jelita, Nora Danish Mohd. Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish menyangkal dakwaan kononnya dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 di sebuah kelab malam haram yang terletak di Bandar Utama, Selangor.

Sebaliknya, Nora, 32, menegaskan, dia hanya menyambut hari jadinya pada 7 Mac lalu di sebuah restoran di Damansara, Selangor.

“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

“Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan.

“Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-laman sosial,” luahnya.

Respons Nora itu sebagai menjawab pertanyaan mengenai dakwaan dirinya yang dikatakan menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah di Bandar Utama untuk meraikan hari lahirnya pada Sabtu lalu bersama beberapa teman rapatnya.

Ibu kepada seorang anak itu turut dilaporkan sempat meloloskan diri sebaik sahaja pihak berkuasa tempatan menyerbu premis hiburan yang tidak berlesen itu.

Rozita Che Wan Enggan Komen Isu Kahwin

|| || ,,, || Leave a komentar



22 Jan – Aktres drama "Miss Octopus", Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta enggan memberi kenyataan lanjut selepas Zain Saidin menyatakan hasrat untuk mengahwininya tahun ini.

"Itu kenyataan daripada Zain, saya tak nak komen apa-apa kerana bimbang apa yang saya katakan nanti akan buat dia kecil hati. Saya jadi serba salah dan pada masa yang sama kasihankan Zain," jelas Che Ta seperti dipetik dari Harian Metro.

Sebelum ini, peneraju utama drama "Oh My English" ini memberitahu sedia menamatkan zaman bujangnya penghujung tahun ini bersama Che Ta jika rezeki dan jodoh berpihak kepada mereka.

Walaubagaimanapun aktres kelahiran Alor Star, Kedah ini memberitahu, mengikut pemahamannya ia bukanlah dalam tempoh terdekat ini.

"Jawapan Zain itu diputar belit, membuatkan saya jadi pening kepala. Hubungan kami memang rapat dan dia seoranglah saya sedang berkawan sekarang, tetapi saya belum bersedia untuk berkahwin lagi.

"Sudah 10 tahun saya hidup solo dan terbiasa hidup sendiri. Anak-anak pun sudah besar. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Saya bimbang bila berkahwin nanti, saya tidak dapat memikul tanggungjawab dan tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada rumah tangga.

"Zain memang menunggu detik itu, tetapi saya pula 50 - 50, ada pun tak apa, tak ada pun tak apa. Sebab itu apabila orang soal tentang nikah kahwin ini, saya hanya tersenyum sahaja," ujarnya.

Che Ta, 42, dan Zain, 29, dikatakan mula rapat selepas membintangi drama "Anissa" sebelum ini.

Terdahulu ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki ini pernah dikaitkan dengan juara "Akademi Fantasia" musim kelapan, Shahir, aktor Beego dan beberapa orang ahli perniagaan.

Oleh Nur Safina Othman