Tampilkan postingan dengan label Julfekar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Julfekar. Tampilkan semua postingan

Min Yasmin Dan Julfekar Harungi Pelbagai Kontroversi Sebelum Berkahwin

|| || ,,,, || Leave a komentar
 Saat bahagia ketika diijabkabulkan. 


PETALING JAYA: Penyanyi Min Yasmin  berasa lega akhirnya hubungan cintanya selama empat tahun dengan komposer Julfekar, 49, diakhiri dengan ikatan yang sah sebagai pasangan suami isteri.

Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 25, berkata, terlalu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dilalui untuk mempertahankan hubungan tersebut sebelum kedua-duanya diijabkabulkan.

"Alhamdulillah, saya rasa terlalu lega dan bersyukur akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri. Terlalu banyak dugaan sepanjang perhubungan selama empat tahun ini.

"Saya tidak ambil kira kontroversi atau pandangan buruk masyarakat terhadap dia atau kepada hubungan kami," katanya kepada mStar Online selepas selesai majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Kota Damansara, di sini, Jumaat.



Min Yasmin


Pada majlis itu Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi akan diadakan pada 13 April ini di Dewan N'Dah Mahligai, Shah Alam dekat sini.

Dalam pada itu tambah Min, kontroversi paling teruk dihadapinya apabila mereka dikatakan sudah berkahwin secara sembunyi beberapa tahun lalu.

Ketika ditanya tentang perbezaan umur hampir 25 tahun di antara meraka Min berkata dia tidak pernah menganggap perkara itu sebagai satu masalah.

"Saya tidak kisah umur dia berapa, asalkan dia bukan suami orang.  Walaupun jarak umur kami agak jauh tetapi dia pandai untuk mengambil hati dan membaca fikiran saya," katanya.

Sementara itu, Julfekar berkata, keistimewaan wanita tersebut adalah daripada cara dia membawa diri selain kematangan yang jauh daripada usia sebenarnya.

Malah ujar Julfekar,  Min merupakan seorang yang mampu membuka hatinya untuk kembali semula berumah tangga.

"Dia berfikiran terbuka dan matang, kalau saya minta dia buat sesuatu dia pasti akan lakukan dengan baik, malah lebih cekap daripada saya.

"Dia juga pandai membawa diri ke mana sahaja dan tidak terlalu cerewet, cuma ada juga kadang-kadang dia cepat panas baran kerana darah muda," ujarnya.



Min Yasmin dan Julfekar mengharungi pelbagai kontroversi sebelum kedua-dua mereka disatukan sebagai suami-isteri.

Pasangan ini masih belum menetapkan lokasi berbulan madu, namun merancang untuk bercuti di sebuah pulau.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya Min selepas berkahwin, jawabnya, dia lebih sibuk dengan pelancaran album terbaharu yang tertangguh akibat insiden MH370.

"Kebiasaannya orang berkahwin selepas berada di hujung kerjaya, namun kerjaya nyanyian saya baru sahaja bermula.

"Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan keluar dengan album terbaharu yang  sepatutnya dilancarkan pada bulan lepas namun terpaksa dibatalkan kerana menghormati insiden MH370," ujarnya. 

Oleh: KEMALIA OTHMAN

Julfekar Minta Farawahida Tidak Burukkan Namanya

|| || ,,, || Leave a komentar
Julfekar



PETALING JAYA: Komposer Julfekar Ahmad Shah meminta penyanyi Farawahida agar tidak memburukkan namanya memandangkan kedua-dua mereka tidak lagi bekerjasama dalam industri muzik tempatan.

Julfekar, 49, yang merupakan bekas majikan wanita itu berkata, dia pelik apabila Farawahida menuduhnya melemparkan kata-kata kurang manis menerusi status di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun.

"Selama ini setiap kenyataan saya di media mahupun status Facebook yang dimuat naik tidak pernah menyebut namanya mahupun individu lain.

"Ikut suka sayalah nak tulis apa sekalipun! Kenapa dia nak terasa? Sekarang ini saya tak cakap apa-apa pun berkaitan dengannya. Dia saja yang selalu menyebut nama saya di media," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Status Julfekar di Facebook yang menjadi kontroversi itu antara lain meminta seseorang agar tidak berlagak baik selain tidak bersikap hipokrit.



Farawahida





Rabu lalu sebuah akhbar melaporkan Farawahida reda dengan tohmahan yang dibuat oleh komposer terbabit dan berharap nama mereka tidak dikaitkan lagi memandangkan dia bakal mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Julfekar turut berasa pelik apabila Farawahida membuat kenyataan dia telah memaafkan perbuatannya itu.

"Siapa yang minta maaf kepada siapa sebenarnya? Sebelum ini, saya telah menarik kes saman saya terhadapnya selepas dia telah meminta maaf kepada saya di depan hakim.

"Dan sekarang ini dia bangkitkan cerita lama kononnya dia sudah maafkan saya. Jangan sampai saya mengambil tindakan sekali lagi terhadapnya," tegas Julfekar.

Hubungan kedua-dua pasangan itu menjadi keruh apabila Julfekar mendakwa Farawahida telah melanggar kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB).

Kemelut yang melanda mereka berterusan apabila Farawahida membuat laporan polis atas dakwaan komposer itu mengugut mahu menyebarkan video serta gambar lucahnya.

Julfekar turut memfailkan saman ganti rugi sebanyak RM436,700 terhadap Farawahida pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam namun Julfekar telah menarik balik kes itu.


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

"Kalau dah bekas tu, bekaslah. Tak perlu berlagak suci, dah lunyai pun". - Julfekar

|| || ,,,,, || Leave a komentar





Hujung minggu selain menghadiri jemputan kahwin, pasti Abang Nara tidak akan melepaskan peluang untuk membaca sisipan BiPop dalam Berita Harian. Memang banyak kisah-kisah menarik dunia hiburan. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah tulisan Raja Nurfatimah yang bertajuk “Julfekar, Farawahida masih bermusuh?”.

Kalau anda tidak tahu, sebelum ini Farawahida pernah membuat laporan polis apabila Julfekar mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah miliknya. Namun itu semua kisah lama. Farawahida pun dah nak kahwin dah tak lama lagi. Peliknya ada status Facebook yang dikemaskini oleh Julfekar yang seolah-olah menyindir Farawahida.

Hmmm. Menurut Raja Nurfatimah, walaupun nama si LUNYAI tersebut tidak ditulis oleh Julfekar, orang dalam industri hiburan dapat mengagak ia ditujukan kepada Farawahida. Tak tahulah betul atau tidak. Abang Nara suka dengan pesanan Raja Nurfatimah, tak perlulah berdendam-dendam. Semua orang pun dah bahagia dengan hidup masing-masing. Julfekar pun dah ada kekasih baru. Benda yang lepas, janganlah dikenang.

Kalau boleh, Julfekar doakanlah kebahagiaan Farawahida. Tak perlu buka kisah lama. Benda lama yang terjadi antara anda berdua, biarlah ia tersimpan rapi. Orang ramai pun taknak tahu rasanya. Biarlah ia terkubur sehingga ke akhir hayat anda.

Kredit Sumber: (beautifulnara.com)