Tampilkan postingan dengan label Neelofa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Neelofa. Tampilkan semua postingan

Neelofa Halalkan Hutang Shah Jaszle Sebanyak RM5,000

|| || ,,, || Leave a komentar

Shahrizal Jaszle dan Neelofa pernah bergandingan dalam filem Azura 2012.

PETALING JAYA: Pelakon dan model Neelofa menafikan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi meminta hutang sebanyak RM5,000 kepada pelakon Shahrizal Jaszle.

Berita Harian melaporkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24,berkata, dia tidak pernah berbuat demikian, malah tidak mempunyai nombor telefon pelakon lelaki tersebut.

"Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan akhbar kononnya Lofa menghantar SMS kepada Shahz, kami sudah lama tidak berhubung.

"Apa yang Lofa ingat, Lofa ada minta duit itu sekitar dua tahun lalu dan Lofa tidak tahu mengapa dia mengaitkan Lofa dalam perkara ini," katanya.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika Shahrizal menyerang pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh di tempat kerja dan pada masa yang sama, Neelofa kononnya telah menghantar SMS tersebut.





 Neelofa

 
Sementara itu, Neelofa berkata, dia sudah mengambil keputusan untuk menghalalkan sahaja hutang tersebut bagi mengelakkan dirinya terus dikaitkan dengan pelakon filem Azura 2012 itu.

"Ada banyak lagi perkara Lofa kena fikir. Sebelum kepala bertambah pening baik saya halalkan sahaja hutang itu.
"Bukan kerana wang itu tidak penting cuma malas untuk panjangkan cerita," ujarnya.

Neelofa Beraksi Gedik Dalam 'MeleTop' ??

|| || ,, || Leave a komentar
Neelofa kurang bersetuju dengan gelaran gedik diberikan pihak tertentu berhubung gaya pengacaraannya dalam rancangan MeleTop pada malam Selasa lalu.

PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa berasa hairan dengan penerimaan segelintir pihak yang mendakwa dia beraksi gedik ketika mengacarakan episod pertama rancangan MeleTop yang mula disiarkan di Astro Ria pada Selasa lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia bersetuju jika ada pihak yang menganggap dia terlalu lincah dan lantang tetapi gelaran gedik itu kurang sesuai kerana apa yang dipersembahkan adalah mengikut kehendak konsep program berkenaan.

“Saya sendiri berasa pelik pada bahagian mana dalam program itu yang saya kelihatan gedik? Saya rasa perkataan itu kurang sesuai tetapi mungkin saya agak lincah, ceria dan lantang daripada kebiasaan.

“Sebenarnya, sifat ceria dan aktif itu juga sebahagian daripada diri saya cuma selama ini masyarakat tidak pernah melihatnya. Orang sudah terbiasa melihat saya dengan penampilan feminin dan sopan dalam rancangan Nona,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.

Ketidakpuasan segelintir penonton terhadap gaya Neelofa dalam MeleTop diperkatakan dengan meluas pada laman Twitter sejurus episod pertama rancangan itu yang disiarkan secara langsung pada pukul 10 malam pada Selasa lalu di Astro Ria (saluran 104).

Neelofa berkata, sebagai orang baru yang julung kali mengacarakan program secara langsung, dia menerima setiap pandangan dengan hati terbuka dan mahu memperbaiki sebarang kekurangan yang terjadi.



Neelofa berterima kasih kerana pasangan pengacaranya Nabil (kiri) banyak membantu dalam melancarkan perjalanan rancangan secara langsung itu.

“Keluarga dan rakan-rakan rapat beri komen membina. Bukan mereka puji semata-mata tetapi ada banyak komen yang memberangsangkan boleh saya ambil kira.

“Malah, pihak Astro sendiri berpuas hati dengan tugas saya dan mereka kata saya sudah beri lebih daripada yang diharapkan.

“Selepas melihat semula ulangan program itu, saya kenal pasti beberapa aspek yang boleh saya perbaiki untuk siaran seterusnya,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaannya berhubung pertikaian umum itu, Neelofa berkata, dia menjadikan pengalaman pengacara Fara Fauzana ketika dipertikaikan mengacarakan Melodi sebelum ini sebagai rujukannya.

“Saya tidak kecil atau patah semangat dengan pertikaian orang kerana yang paling penting kerja saya memuaskan hati pihak Astro.

“Apabila berlakunya perkara itu, saya baru faham apa perasaan yang pernah dialami Fara Fauzana ketika dia dihentam dan dipertikaikan itu dan ini semasa mengacarakan Melodi sebelum ini.

“Apa-apa pun pertikaian orang, Fara tetap teruskan tugasnya mengikut kehendak pihak penerbitan. Itu yang menjadi pegangan saya untuk meneruskan cabaran mengacarakan MeleTop pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, aktres kontroversi ini sedang sibuk dengan sesi latihan bagi mengacarakan Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) di samping Awal Ashaari.

ASK2012 akan berlangsung pada 9 November ini pukul 9 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini.


Oleh WAHIDUZZAMAN

Hans Isaac Akui Hubungannya Dengan Neelofa Serius

|| || ,,, || Leave a komentar

PETALING JAYA – Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.

Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20 tahun bergelar anak seni.

Hans berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua pihak.

“Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.

“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.

Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.

“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.

“Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.

“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.

Mengenai hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang tidak sempat ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.

“Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.

“Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.

“Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu,” luahnya.

Terbaru, usahawan filem ini sedang sibuk dengan proses pasca produksi dua filem terbitan syarikatnya iaitu Lemak Kampung Santan dan sebuah judul yang masih lagi dirahsiakan.

Gambar Palsu Neelofa Terselak Pangkal Peha Tersebar!!

|| || ,, || Leave a komentar


Neelofa memang terkenal dengan keseksian penampilan beliau.Tapi taklah sampai terselak pangkal peha ketahap yg terlampau..

Sebagai artis popular yg seksi beliau telah menjadi mangsa photoshop peminat fanatik yang terlampau taksub dengannya.

Lihatlah bagaimana kecanggihan teknologi zaman sekarang telah disalahgunakan..apabila gambar bahagian 'kepala' Neelofa telah dipotong dan di tampal pula ke atas gambar seorang model korea yg beraksi seksi terlampau hingga terselak pangkal peha.Nak kasi nampak real lagi, dia sunting pula dan muat naik gunakan Instagram punya efek. Heh...kantoi jugak la..






Tak baiklah buat kerja giler mcam nih..menjatuhkan maruah orang aje..semoga Neelofa bersabar dgn karenah peminat2 fanatik beliau nih..hish!! hish!! tak ada koje lain ke kome nih???

Neelofa Buat Pembedahan Buang Parut Di Dahinya

|| || , || Leave a komentar


BOLEH ke parut lama berdarah kembali? Itu peribahasa kalau ada perkara baharu yang mengingatkan seseorang kepada peristiwa hitam yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. Kalau parut lama berdarah kembali, mesti sakitnya makan dalam, kan?

Cakap pasal parut, teman baik Diva ada buka cerita pasal cik mek comel Kelate, Neelofa yang buat pembedahan membuang satu parut yang ketara terpampang di dahinya.

Menurut sumber Diva, Neelofa mengadu, soleklah setebal mana sekalipun, parut di dahinya tetap nampak. Itu parut gara-gara terjatuh ketika dia masih kecil. Masa dahulu, doktor yang jahit luka Neelofa mungkin tak sangka budak yang dijahitnya akan popular, sebab itulah parutnya ketara.


Tak sangka pula Neelofa agak lasak walaupun orangnya nampak lembut macam gula-gula kapas jer. Tapi, diva sendiri perasan parut di dahi Neelofa itu.

Gara-gara buat surgeri di dahi sebelum raya juga, dengarnya Neelofa terpaksa beraya dengan muka bertampal. Lagipun itu sahaja masa yang dia ada sebab sebelum dan selepas raya dia sibuk dengan itu dan ini.

Diva: Ramai kawan Diva yang kena tambah stok biskut raya untuk rumah terbuka.

Kredit: Sumber

Neelofa Mohon Maaf

|| || ,, || Leave a komentar
NEELOFA anggap diri jadi matang selepas melalui banyak dugaan.


KONTROVERSI cinta tiga segi, kekasih baharu dan cinta lokasi, tak puas hati dengan kemenangan artis lain serta pergaduhan sesama artis sehingga melantik peguam, itu semua episod kisah panas yang mendidihkan nama Noor Neelofa Mohd. Nor.

Terbaru, si cantik molek yang sedang menghangatkan slot Akasia, Kau Yang Terindah di TV3 kini terpalit pula dengan teguran 'jangan lupa diri' oleh Datuk Yusof Haslam.

"Sebenarnya sejak lebih tiga bulan kebelakangan ini, terlalu banyak cabaran yang perlu saya hadapi. Macam-macam cerita yang tak kena, satu persatu ia datang dan orang nampak saya ini tidak habis-habis mencipta kontroversi.

"Semua itu buat saya terfikir, kenapa Tuhan tak berhenti beri ujian kepada saya, mesti ada sebab dan hikmah. Saya ambil semua itu sebagai satu amaran daripada Tuhan supaya menjadi lebih matang dan sedar di mana saya berpijak. Semua itu buat saya muhasabah diri, mungkin selama ini saya ada buat salah," kedengaran sedikit sayu suara pengacara Nona itu dari hujung corong telefon.

Tambah Neelofa: "Kalau betul Datuk sakit hati dan marah dengan ketidakhadiran saya untuk sesi pratonton filem S.A.M yang diadakan pada awal Ramadan lalu, tentu saya sudah tidak senang duduk. Saya kenal rapat dengan keluarga Datuk yang saya bahasakan uncle. Saya memang tak tahu langsung dengan pratonton itu sebab sedang berada di Mekah untuk penggambaran drama Kau Yang Terindah. Mungkin berlaku salah faham. Mungkin pihak Skop Production menghubungi saya di nombor telefon lama, sedangkan telefon berkenaan ada di tangan pengurus saya, Amir Syafiq."

Setahun kebelakangan ini juga kata Neelofa, terlalu banyak yang dipelajarinya. Detik menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk umrah dan penggambaran bersama kru Erma Fatima baru-baru ini meninggalkan suatu impak yang berbekas di hati.

"Pandangan saya tentang kehidupan mungkin sudah sedikit berbeza. Haluan hidup sudah boleh dilihat dari banyak sudut. Saya toleh semula apa yang berlaku antara saya dan Anzalna. Rasa tak ada gunanya saya terus menyimpan dendam, dunia ini kecil dan esok lusa kami mungkin akan bertembung juga," katanya beralih ke topik yang beremosi.

Mengambil iktibar dan berkat sempena hari yang mulia, dengan rendah hati Neelofa membingkiskan salam kemaafan buat semua. Secara terbuka dia juga memohon maaf kepada mana-mana pihak dan individu yang terkait sama dalam konflik membabitkan dirinya.

"Saya mahu ambil peluang 1 Syawal ini untuk mohon maaf kepada semua pihak terutama orang dalam industri seni yang pernah terlibat dengan konflik yang melanda saya. Saya doakan kebahagiaan dan keberkatan untuk semua," ujarnya yang beraya di Pasir Mas, Kelantan bersama keluarga.

Sejurus habis penggambaran Kau Yang Terindah yang dijadualkan selesai pada 5 September nanti, heroin Azura 2011 itu sudahpun bersetuju untuk terlibat dengan sebuah lagi filem, Pilot Cafe terbitan Tarantella Pictures menjelang Oktober ini. Sepanjang September ini, duta tilam King Koil itu akan terlibat dengan kempen jalan raya bersama Petronas.

Neelofa Tidak Berkecil Hati Dengan Teguran Datuk Yusof Haslam

|| || ,,, || Leave a komentar
Neelofa


PETALING JAYA: Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.

"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.

"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.

"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin.

Datuk Yusof Haslam

Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.

Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.

Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.

Sementara itu, Yusof yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri.

Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.

"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.

"Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.

"Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,” katanya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa Supaya Tidak Lupa Diri

|| || ,,, || Leave a komentar
Neelofa


Kenapa Neelofa ditegur? Siapa yang tegur Neelofa? Jangan terkejut kerana Datuk Yusof Haslam yang menegur Lofa supaya tidak lupa diri. Pasti ada sebab tertentu mengapa Datuk menegur Lofa sedemikian.
Rupa-rupanya Lofa ditegur kerana Lofa dikatakan tidak memberikan kerjasama bagi mempromosikan filem terbaru yang bakal ditayangkan di pawagam iaiti S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) arahan Syafiq Yusof.
Ketika majlis pratonton filem berkenaan, Lofa langsung tidak menunjukkan diri.

Datuk Yusof bukan sahaja dikatakan marah namun beliau berasa kecewa dengan sikap Lofa kerana baru setahun jagung di dalam industri ini tetapi lagaknya kalah Primadona Filem Melayu, Erra Fazira. Sesiapa sahaja pasti akan marah dengan situasi seperti ini kerana Lofa apabila cuba dihubungi, tetapi tidak dilayan oleh Lofa. Sms juga tidak berbalas.

Datuk Yusof Haslam

Adakah Lofa sudah besar kepala? Adalah lebih baik kita tunggu sahaja penjelasan Lofa. Mungkin dia ada alasan yang kukuh atas kejadian ini. Dengar cerita juga, ada sumber yang mengatakan bahawa Lofa tidak hadir kerana dia cuma memegang watak kecil sahaja di dalam filem S.A.M. Betul ke?

Kebenarannya hanya Lofa yang tahu. Kita jangan terus menghentam Lofa. Kita tunggu sahaja penjelasan dia. Adakah dia sengaja tidak hadir kerana dia perasan diva ataupun kerana dia mempunyai alasan yang kukuh.

Bagi peminat filem tanah air, nantikan kemunculan filem arahan Syafiq Yusof, S.A.M yang akan menemui peminat di pawagam bermula hari khamis ini 16 Ogos ini menerusi tayangan tengah malam, diikuti tayangan serentak seluruh Malaysia pada 1 Syawal.