Tampilkan postingan dengan label Syamsul Yusof. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Syamsul Yusof. Tampilkan semua postingan

Gambar Majlis Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana

|| || ,,, || Leave a komentar
 Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.
 

PETALING JAYA: Biarpun masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid kira-kira pukul 10.30 pagi.

Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.

Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111, manakala wang hantaran dirahsiakan.



Puteri Sarah ayu mengayakan busana putih daripada Alia Bastamam.
 

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang hantaran daripada pihak perempuan ialah sirih junjung, beg tangan lelaki, jam tangan, komputer riba, buah-buahan, kasut, kek, senaskah Al Quran dan persalinan pakaian. Sementara hantaran yang dibalas pihak lelaki ialah buah-buahan, kasut, jam tangan, komputer riba, kek dan telekung.

Majlis berjalan lancar apabila kedua-dua keluarga mempelai sampai di perkarangan masjid kira-kira pada pukul 10 pagi dengan tema pakaian biru daripada pihak pengantin lelaki dan hijau bagi pengantin perempuan.





Syamsul ketika upacara ijab kabul di Masjid Sri Damansara, pada Sabtu.


Majlis yang dijalankan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh ahli kedua-dua pihak keluarga terdekat sahaja.

Syamsul yang ditemui selepas majlis akad nikah menzahirkan rasa syukur kerana selamat diijabkabulkan.

"Saya tidak sangka dapat menjalankan upacara akad nikah ini kerana keadaan saya masih belum pulih daripada demam denggi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya," katanya.

Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.

Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.







Oleh KAMELIA OTHMAN
 


Ammar Alfian Dakwa Puteri Sarah Sedang Bercinta Dengan Syamsul Yusof

|| || ,,,, || Leave a komentar
 Syamsul Yusof (kiri) dan Puteri Sarah



PETALING JAYA: Pelakon dan model Ammar Alfian Aziz mendedahkan bekas kekasihnya Puteri Sarah Liyana sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof.

Bagaimanapun Ammar, 26, berkata, dia berasa pelik kenapa Puteri Sarah, 28, merahsiakan hubungan itu selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu.

"Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus pada Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.

"Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.

"Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Puteri Sarah dalam sebuah akhbar pada Ahad mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.

Laporan berkenaan turut menyebut Puteri Sarah dilaporkan sedang mengenali isi hati pengarah filem popular selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama bersama tetapi ia dinafikan oleh Puteri Sarah.


 Ammar Alfian

 
Beritahu Ammar pula, sepatutnya selepas bertukar imej dengan bertudung, Puteri Sarah tidak wajar menceritakan perihal peribadi selain memburuk-burukkan perhubungan mereka dahulu.

"Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya.

"Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.

"Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini saya sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya.

“Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya," ujar Ammar.

Dalam perkembangan lain, Ammar mengakui dia kini sudah pun menjalinkan hubungan cinta baru dengan seorang model yang dikenali dengan nama Shella.

Katanya, dia tidak mahu memandang perkara-perkara yang lepas kerana ingin membina kehidupan dengan wanita yang disayanginya itu selain mahu memberikan tumpuan terhadap kerjanya.

"Benar saya sudah pun mempunyai kekasih baru selepas hubungan saya dan Sarah putus. Hubungan kami masih lagi baru.

"Saya juga akan memulakan kerja-kerja 'modelling' untuk pakaian dalam jenama Renoma tidak lama lagi," katanya.

Selain itu, bakat Ammar bakal disaksikan di TV1 menerusi program Lambaian Pulau di tidak lama lagi.

Dalam pada itu usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan Puteri Sarah dan Syamsul tidak kesampaian kerana panggilan telefon tidak dijawab.

Bagaimanapun Yusof Haslam pula mengambil pendekatan enggan memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mengulas perkara itu,” katanya ringkas.


Oleh FERIDE HIKMET ATAK