Tampilkan postingan dengan label Tauke Raja Lawak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tauke Raja Lawak. Tampilkan semua postingan

Tauke 'Raja Lawak' Dan Meera Sah Bercerai Talak Satu

|| || ,,, || Leave a komentar


PELAWAK yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak terbitan Astro, Tauke, mengesahkan bahawa dia dan isterinya sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, sejak dua minggu lepas.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.

“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,” katanya.

Sebelum ini kecoh mengatakan rumah tangga yang dibina Tauke dan Meera yang baru berusia beberapa bulan berdepan masalah besar.  Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan khabarnya Tauke juga sudah lama tidak bertemu Meera.

Menjawab dakwaan itu, Tauke menjelaskan, “memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."

Perkahwinan ketiga Tauke dengan model sambilan itu berlangsung pada April lalu dan dia mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan terdahulu.

Ketika ditanya sama ada dia sudah serik untuk berkahwin lagi, Tauke berkata: “Kalau ada jodoh pada masa akan datang, saya tidak akan menolak tetapi apa-apa pun saya kini mahu lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu."

Ketika ditanya sambutan Syawal yang lalu, Tauke meraikan Hari Lebaran di kampung halamannya di Pasir Gudang, Johor bersama keluarganya.

Tauke dan rakan kumpulan Jambu, Yus dijangka kembali dengan program komedi berjudul Pondok Jambu yang bakal bersiaran di Astro Warna bermula bulan depan. - SH

Kisah ‘Kahwin Cerai’ Tauke Raja Lawak Dan Pernikahan Terbarunya Di Thailand

|| || ,,, || Leave a komentar


Pelawak terkenal, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah tiga kali bernikah dan pernikahannya bersama isteri barunya telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan di Astro Warna saluran 132 lagi.

“Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah.

“Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi,” katanya.

Dalam pada itu, Tauke menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.

“Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera.

“Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.

“Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak,” jelasnya. – Murai.com.my/kredit gambar ohbulan!