Min Yasmin Dan Julfekar Harungi Pelbagai Kontroversi Sebelum Berkahwin

|| || ,,,, || Leave a komentar
 Saat bahagia ketika diijabkabulkan. 


PETALING JAYA: Penyanyi Min Yasmin  berasa lega akhirnya hubungan cintanya selama empat tahun dengan komposer Julfekar, 49, diakhiri dengan ikatan yang sah sebagai pasangan suami isteri.

Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 25, berkata, terlalu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dilalui untuk mempertahankan hubungan tersebut sebelum kedua-duanya diijabkabulkan.

"Alhamdulillah, saya rasa terlalu lega dan bersyukur akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri. Terlalu banyak dugaan sepanjang perhubungan selama empat tahun ini.

"Saya tidak ambil kira kontroversi atau pandangan buruk masyarakat terhadap dia atau kepada hubungan kami," katanya kepada mStar Online selepas selesai majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Kota Damansara, di sini, Jumaat.



Min Yasmin


Pada majlis itu Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi akan diadakan pada 13 April ini di Dewan N'Dah Mahligai, Shah Alam dekat sini.

Dalam pada itu tambah Min, kontroversi paling teruk dihadapinya apabila mereka dikatakan sudah berkahwin secara sembunyi beberapa tahun lalu.

Ketika ditanya tentang perbezaan umur hampir 25 tahun di antara meraka Min berkata dia tidak pernah menganggap perkara itu sebagai satu masalah.

"Saya tidak kisah umur dia berapa, asalkan dia bukan suami orang.  Walaupun jarak umur kami agak jauh tetapi dia pandai untuk mengambil hati dan membaca fikiran saya," katanya.

Sementara itu, Julfekar berkata, keistimewaan wanita tersebut adalah daripada cara dia membawa diri selain kematangan yang jauh daripada usia sebenarnya.

Malah ujar Julfekar,  Min merupakan seorang yang mampu membuka hatinya untuk kembali semula berumah tangga.

"Dia berfikiran terbuka dan matang, kalau saya minta dia buat sesuatu dia pasti akan lakukan dengan baik, malah lebih cekap daripada saya.

"Dia juga pandai membawa diri ke mana sahaja dan tidak terlalu cerewet, cuma ada juga kadang-kadang dia cepat panas baran kerana darah muda," ujarnya.



Min Yasmin dan Julfekar mengharungi pelbagai kontroversi sebelum kedua-dua mereka disatukan sebagai suami-isteri.

Pasangan ini masih belum menetapkan lokasi berbulan madu, namun merancang untuk bercuti di sebuah pulau.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya Min selepas berkahwin, jawabnya, dia lebih sibuk dengan pelancaran album terbaharu yang tertangguh akibat insiden MH370.

"Kebiasaannya orang berkahwin selepas berada di hujung kerjaya, namun kerjaya nyanyian saya baru sahaja bermula.

"Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan keluar dengan album terbaharu yang  sepatutnya dilancarkan pada bulan lepas namun terpaksa dibatalkan kerana menghormati insiden MH370," ujarnya. 

Oleh: KEMALIA OTHMAN

'Janji Jaslina' Di Slot Azalea TV3 Yang Meruntun Perasaan

|| || ,,,,, || Leave a komentar
Gandingan mantap Norman Hakim (Johan) dan
Eira Syazira (Jaslina)



Petaling Jaya, 31 Mac 2014 – Dugaan datang bersama hikmah. Hidup ibarat roda, tak selamanya berada di bawah dan tak selamanya berada di atas. Begitulah dengan hidup Jaslina yang diuji dengan pelbagai dugaan sehingga kehilangan tempat untuk mengadu nasib. Apakah nasibnya akan berubah dan Jaslina dapat menemui kebahagiaan selepas apa yang telah berlaku dalam hidupnya?

Terbaharu di slot Azalea, terimalah buah tangan daripada pengarah berbakat besar, Emi Suffian, iaitu “JANJI JASLINA” yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang bermula 31 Mac 2014. Drama bersiri 20 episod terbitan Orangetree Production dan nukilan skrip oleh Azmy Mohd Arif ini menampilkan barisan pelakon handalan tanahair seperti Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Nizen Ayob (Dr Arif), Ana Dahlia (Atira), Shaharudin Thamby (Pak Ayob), Fadilah Mansor (Mak Kiah), Mustafa Kamal (Dato Kamal’), Raja Emma (Datin Nora), Erry Putra (Fiq) dan adik Wafiy Irfan Ariffin (Iman).


Eira Syazira membawa watak utama sebagai 'Jaslina'.


“JANJI JASLINA” mengisahkan pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan 2 orang anak, Nina dan Iman. Jaslina berkahwin dengan Johan pada usia yang muda. Apabila Nina disahkan mengidap penyakit asma pada umur 10 tahun, Jaslina telah berhenti kerja bagi menjaga anaknya tetapi dimarahi oleh Johan. Tanpa diketahui oleh Jaslina, Johan masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rahayu.

Rahayu sering bertandang ke rumah Johan. Jaslina tidak menyimpan prasangka buruk terhadap Rahayu. Tambahan pula, Rahayu pandai berlakon dan berpura-pura rapat dengan Nina. Suatu hari, Rahayu dengan sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma. Tindakannya telah menyebabkan Nina gagal mendapat rawatan segera dan meninggal dunia.

Kematian Nina telah mengakibatkan Jaslina menghadapi tekanan emosi. Tambahan pula, Johan telah berkahwin dengan Rahayu dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Jaslina dibiarkan terkapai-kapai mencari kehidupan sendiri. Penderitaan Jaslina bertimpa-timpa apabila anaknya Iman disahkan mengidap penyakit leukemia. Wang yang diberikan oleh Johan tidak diserahkan oleh Rahayu kepada Jaslina telah menyebabkan Jaslina hidup dalam kesempitan. Johan tidak sedar akan niat sebenar Rahayu berkahwin dengannya. 


Eira Syazira dan adik Wafiy Irfan Ariffin yang membawa watak sebagai 'Iman'.


Ketika menjalankan tugasnya di Sabah, Johan telah diculik dan Jaslina terus hilang punca sumber kewangan. Jaslina terpaksa keluar dari rumah setelah rumahnya dilelong oleh pihak bank. Jaslina terpaksa menumpang di rumah Pak Ayob dan Mak Kiah. Namun, Pak Ayob mengambil kesempatan atas wang yang didermakan oleh orang ramai untuk kos perubatan Iman. Malah, Pak Ayob juga cuba menggoda Jaslina dan ingin mengahwininya.

Akhirnya, Jaslina meninggalkan rumah Pak Ayob dan bertemu dengan Dr. Arif. Apakah bantuan yang diberikan oleh Dr. Arif ikhlas untuk membantu Jaslina? Kepulangan Johan secara tiba-tiba telah menimbulkan pelbagai persoalan sementara Rahayu juga menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Fiq. Apakah yang Johan bakal lakukan selepas rahsia Rahayu terbongkar? Siapakah jodoh sebenar Jaslina?

Jangan ketinggalan untuk menonton JANJI JASLINA yang disiarkan bermula 31 Mac 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.00 petang di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama tersebut, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Panas!! Pelakon Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang?

|| || ,, || Leave a komentar


Rasanya agak lama juga peminat seni hiburan tanahair tidak dihidangkan dengan cerita mengenai pelakon Zul Huzaimy.

Umum mengetahui bahawa dia sudah tiga tahun menduda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad.

Bagaimanapun, menerusi portal hiburan OHBULAN!, kami mendapat cerita yang tidak enak mengenai pelakon ini.

Khabarnya, Zul Huzaimy kini sedang berpacaran dengan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang!

Beberapa keping gambar mereka bersama juga turut dikongsikan menerusi portal itu.





Persoalannya...Benarkah Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang?

Harap-harap berita ini tak benarlah ya. Cukup-cukuplah cerita seorang artis tempatan ‘bermain cinta’ dengan isteri orang sampai bercerai-berai rumahtangga dibuatnya.

Diharap Zul Huzaimy akan tampil membuat penjelasan mengenai perkara ini nanti.

Istana Budaya Sediakan Polis Untuk Kawal Hanez Suraya

|| || ,,,,,, || Leave a komentar
Hanez Suraya dikatakan merampas suami orang.



KUALA LUMPUR: Pihak Istana Budaya akan melakukan kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa (preman) sepanjang pementasan teater Projek Kahwin yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 6 hingga 14 Jun depan.

Ketua Pengarah Istana Budaya,  Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, tindakan itu berikutan langkah berjaga-jaga terhadap beberapa ugutan yang diterima pelakon Hanez Suraya yang dibuat oleh segelintir individu selepas dia dikatakan merampas suami orang.

"Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

"Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan," katanya pada sidang media Teater Projek Kahwin, di Istana Budaya, Selasa.

Teater Projek Kahwin akan mengekalkan pelakon wanita Hanez Suraya untuk empat hari pementasan iaitu 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 akan dilakonkan oleh Kilafairy.


Hanez (kanan) bersama Kilafairy.


Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, kontroversi rampas suami orang yang menimpa pelakon itu tidak akan menjejaskan penonton yang bakal hadir menyaksikan pementasan tersebut.

Malah katanya, insiden itu secara tidak langsung memberi promosi awal yang besar kemungkinan mampu membuatkan penonton tertarik menyaksikan pementasan berkenaan.

Dalam pada itu, penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, keputusan pihaknya menolak hasrat Hanez untuk tarik diri daripada projek berkenaan  dibuat secara bersama dengan pihak Istana budaya.

"Hanez menyatakan hasrat untuk menarik diri selepas kontroversi tersebut, namun bila perbincangan dilakukan kami bersetuju untuk kekalkan dia dan menambah pelakon baru iaitu Kilafairy.

"Kita melihat ini sebagai kelainan apabila satu watak dilakonkan oleh dua pelakon berbeza, secara tidak langsung sebagai strategi promosi teater ini," katanya.

Katanya, pemilihan Kila pula berikutan perwatakannya yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan watak Nisa dalam teater itu.

Dalam pada itu, dia turut menafikan masalah ketiadaan penaja menjadi cabaran utama apabila mengekalkan pelakon wanita tersebut.

"Kita tidak ada masalah daripada segi tajaan, setakat ini ramai juga yang tampil untuk memberi tajaan kepada Projek Kahwin ini," katanya.

Sementara itu, Hanez berkata, keputusan penarikan diri dibuat berikutan tidak mahu penglibatannya akan menjejaskan produksi tersebut.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk terus menjayakan projek teater pertamanya ini.

"Pada asalnya saya tidak mahu produksi ini terjejas dengan kontroversi saya, namun mereka mahu saya teruskan juga.

"Saya memang benar-benar mahu terlibat dengan teater ini," katanya.

Teater Projek Kahwin turut menampilkan Izzue Islam, Kaka Azraf, Imam Muda Asyraf dan kumpulan Forteen.

Kontroversi mengenai Hanez Suraya mula tercetus selepas pelakon itu membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Bagaimanapun Hanez menafikan dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.

Oleh: KEMALIA OTHMAN

Bekas Suami Nooraida Sebarkan Gambar Seksi Adi Putra

|| || ,,,, || Leave a komentar

Gambar Adi Putra yang hanya bertuala dalam tandas telah dimuat naik oleh bekas suami Nooraida.

Ingatkan kes melibatkan Adi Putra dan seorang wanita Johor, Nooraida Abdul Talib, 30, sudah ‘tutup buku’ apabila pihak polis mengklasifikasikannya sebagai ‘no further action’ manakala Nooraida diceraikan suaminya.


Nooraida Abd Talib

Namun bekas suami Nooraida, Amiruddin Othman, 51, dilihat kembali memanjangkan keadaan apabila memuatnaik gambar Adi Putra yang hanya bertuala dalam tandas bersama komen, “Yes my X salah tapi the other tak mengaku”.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika gambar ini adalah gambar yang dikirim Adi Putra kepada Nooraida sepanjang perkenalan singkat mereka.

Jika benar mengapa agaknya ia tidak ditunjukkan Amiruddin ketika kes sedang hangat dibicarakan?





Nooraida Abd Talib dan bekas suami, Amiruddin Othman


Adi Putra dalam satu sidang media pada 13 Disember tahun lalu mempertahankan diri bahawa dia tidak bersalah sebagaimana tuduhan Amiruddin selepas pihak polis menggugurkan kes yang difailkan pasangan suami isteri berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Apa pun, kita nantikan respon daripada Adi Putra memandangkan pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan mengambil tindakan jika masih dikaitkan dengan kes ini.

September tahun lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dengan berbalas mesej dan bertukar gambar lucah walaupun baru seminggu berkenalan.



OLEH REM RAMZI