Dengan Sekali Lafaz, Shajiry & Yusnita Sah Suami Isteri

|| || ,, || Leave a komentar

   

Penyanyi 90-an yang pernah popular menerusi lagu Orang Kita dan Hadirlah Kasih, Shajiry, sah bergelar suami kepada Yusnita Yusof dengan hanya sekali lafaz, tepat jam 11 pagi, sebentar tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Saidina Omar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Shajiry atau nama sebenarnya Mohamad Shajiri Damery telah dinikahkan oleh bapa saudara pengantin perempuan iaitu Sahak Mohd Amin. Turut disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Omar Al-Khattab merangkap penolong pendaftar nikah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Shukri Yaaccob.

Yusnita menerima mas kahwin sebanyak RM1000 tunai dan wang hantaran sebanyak RM15,000 tunai.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Shajiry menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada pelakon filem Bro, Mana Motor Gua, ini.




Penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan pop, KGB, ini memberi sembilan dulang hantaran kepada pengantin perempuan antaranya, sebentuk cincin, sireh junjung, kek dan sepasang kasut.

Sebagai balasan, Yusnita memberi 11 dulang hantaran kepada pengantin lelaki yang berupa senaskah Al-Quran, sireh Junjung, set pewangi jenama Chanel, seutas jam tangan Armani Excharge, sebentuk cincin, set persalinan lelaki, buah-buahan, sepasang kasut jenama Pedro, set penjagaan diri Crabtree & Evelyn, sebuah kamera Samsung Galaxy, sling bag dan dompet berjenama Gucci.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Shajiri segak berbaju Melayu dan Yusnita anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan artis seperti Dior, Toi (Hyper Act) dan para wakil media.




 Shajiry dan Yusnita mula berkenalan sejak tiga tahun lalu bermula hanya sebagai rakan kongsi perniagaan. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 9 Mac lalu.

Majlis resepsi pasangan suami isteri ini akan diadakan pada 8 Jun, di kampung halaman Shajiry, di Ipoh, Perak.


- mD
- Kredit Foto: Faisol Mustafa

Pelakon Wan Nor Azlin Gagal Batalkan Saman Bapa Sendiri

|| || ,, || Leave a komentar
Wan Nor Azlin


 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pelakon Wan Nor Azlin untuk mengenepikan writ saman difailkan oleh bapanya bagi mendapatkan perintah pengosongan sebuah rumah di Taman Sri Keramat yang merupakan harta sepancarian dengan arwah ibunya.

Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 dalam kamar beliau di sini semalam.

Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu.

Sementara itu Nuraini ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu.

Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya.

Berdasarkan afidavit difailkan Wan Mohd Husain, 76, dia mendakwa tinggal di rumah itu bersama isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia pada 2008.
Selepas isterinya meninggal dunia, Wan Mohd Husain mengajak Wan Nor Azlin tinggal bersama dan anaknya tidak pernah membayar sewa bulanan atau sebarang bil.

Pada pertengahan 2011, Wan Mohd Husain mahu menjual rumah itu dan meminta anaknya mengosongkan rumah bagi memudahkan proses itu.
Bagaimanapun Wan Mohd Husain berkata, Wan Nor Azlin gagal berbuat demikian dan mendakwa dia mempunyai kepentingan dalam rumah itu kerana ada memasang kabinet dapur dan almari.

Wan Mohd Husain mendakwa selain membuat gangguan terhadap proses jual beli rumah itu, Wan Nor Azlin juga mendapatkan kaveat persendirian terhadap rumah itu.Tindakan itu menyebabkan Wan Mohd Husain trauma dan terpaksa menyewa rumah lain.

Oleh itu, Wan Mohd Husain memohon perintah Mahkamah bagi mendapatkan hak milikan rumah itu, membatalkan kaveat tanah yang dibuat Wan Nor Azlin, ganti rugi dan kos lain.

Sementara itu, pada 21 Mac lalu, Wan Nor Azlin memohon untuk mendapatkan deklarasi bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan perihal rumah itu.


Fouziah Gous Bertunang Sabtu Ini, Kahwin September 2013

|| || ,, || Leave a komentar
 

 Fouziah berkongsi berita gembira di laman sosial miliknya.




SETELAH kisah cintanya dengan Md Zhafran Md Yusof mendapat perhatian umum beberapa bulan lalu, hari ini, pelakon cantik, Fouziah Gous mengumumkan khabar gembira di mana dirinya sudah dilamar dan bakal bertunang, Sabtu ini.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous kerana bakal bertunang pada Sabtu ini. Bakal tunang Fouziah Gous ialah Md Zhafran Md Yusof yang merupakan pemilik syarikat keselamatan Arrow Guard dan seorang perunding kewangan. Mereka berdua hanya bertunang untuk 3 bulan dan akan berkahwin pada bulan September ini.

Menurut laman mikro Twitter pasangan ini, Fouziah dilamar dengan cara istimewa serta menaiki helikopter, Sabtu lalu.

“Di Lapangan Terbang Subang. Akan terbang tinggi dan tinggi dengan Zhafran,” tulisnya pada jam 9.46 pagi.

Pagi ini, Fouziah berkongsi gambar di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen berbunyi, “this lady just got proposed. Will you marry me...thanks for the sweetest memories.”