Gambar Majlis Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana

|| || ,,, || Leave a komentar
 Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.
 

PETALING JAYA: Biarpun masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid kira-kira pukul 10.30 pagi.

Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.

Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111, manakala wang hantaran dirahsiakan.



Puteri Sarah ayu mengayakan busana putih daripada Alia Bastamam.
 

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang hantaran daripada pihak perempuan ialah sirih junjung, beg tangan lelaki, jam tangan, komputer riba, buah-buahan, kasut, kek, senaskah Al Quran dan persalinan pakaian. Sementara hantaran yang dibalas pihak lelaki ialah buah-buahan, kasut, jam tangan, komputer riba, kek dan telekung.

Majlis berjalan lancar apabila kedua-dua keluarga mempelai sampai di perkarangan masjid kira-kira pada pukul 10 pagi dengan tema pakaian biru daripada pihak pengantin lelaki dan hijau bagi pengantin perempuan.





Syamsul ketika upacara ijab kabul di Masjid Sri Damansara, pada Sabtu.


Majlis yang dijalankan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh ahli kedua-dua pihak keluarga terdekat sahaja.

Syamsul yang ditemui selepas majlis akad nikah menzahirkan rasa syukur kerana selamat diijabkabulkan.

"Saya tidak sangka dapat menjalankan upacara akad nikah ini kerana keadaan saya masih belum pulih daripada demam denggi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya," katanya.

Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.

Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.







Oleh KAMELIA OTHMAN
 


Koleksi Gambar Mesra Hanez Suraya & Romie Dalam Laman Facebook 'Kami Sokong Liyana Manan'

|| || ,,,,, || Leave a komentar

 
Wow. Makin menarik nampaknya perkembangan kontroversi antara Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan. Ternyata rakyat Malaysia hampir kesemuanya simpati dengan nasib yang menimpa Liyana Manan. Abang Nara yakin kaum isteri dan ibu di luar sana dapat merasai penderitaan dan betapa sedihnya hati Liyana mengharungi dugaan ini. Atas dasar mahu menunjukkan sokongan, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah pun ditubuhkan.


Tak sampai sehari ditubuhkan, telah lebih 6,000 LIKE diperolehi untuk laman ini. Nampaknya Liyana Manan tidak berseorang mengharungi cabaran ini. Semoga dengan kata-kata sokongan yang ditulis oleh pembaca di laman ini akan menaikkan lagi semangat Liyana. Menariknya, laman ini turut digunakan untuk berkongsi beberapa lagi gambar mesra Hanez Suraya dan Romie.

Senang cerita, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan turut bertindak sebagai CSI untuk membongkar apa yang telah dilakukan oleh Hanez bersama Romie. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.









Lagi bukti pembohongan oleh Hanez Suraya Dan Romie....


Abie Hafizadic #Copy&Paste by lynn sims
Video dan bukti saya tambah.
Bukti Liyana Manan yg difitnah

PROPA 1 - Dlm #Meletop kata kenal jantan tu da 8 bln, tp td msa sidang akhbar kata baru knal 3 bln.

PROPA 2 - kata kenal bru 3 bln (Disember 2013) , tp knapa gmbar ko berpeluk dgn jantan tu da keluar seawal bln September 2013? Ops!! dan gambar di Pulau redang May 2013.
Plus 17 Sept kau sendiri bagi tau wartawan kat astro kau tgh rapat dgn seseorang tuttttttt...

Bukti gambar2 :
http://www.melvister.com/.../gambar-kekasih-baru-hanez...

Bukti Pengakuan Hanez sendiri di astro :
Watch "Hanez Suraya akui sedang rapat dengan seseorang" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=EnuGKLCU7PQ... september 2013

Detail lagi kronologi :
http://redmummy.com/.../chronology-hanez-suraya-romie.../

PROPA 3 - dlm Melodi kata gi thailand hanya dgn adik n kwn2,ber ia menafikan sekeras kerasnya jantan tu x ikut. Sekali dlm sidang akhbar td ko ckp jantan tu ikut skali tp semua hanya atas urusan bisnes.

Bukti:
Watch "Kekasih Hanez Suraya Sebenarnya Suami Orang?" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=2debhv3YW2o...

PROPA 4 - da ckp gi atas urusan bisnes dengan jantan tu, skali gmbar berpeluk cium terkeluar. Urusan bisnes ke kalau gmbar mcm tu da keluar internet. Ke ko da wat 'bisnes' lain dkt sna dgn jantan tu?

Bukti Bercuti di Bangkok :
http://beautifulnara.com/liyana-manan-tunjuk-bukti.../

Apa kata Chef Wan komen sikit :
http://beautifulnara.com/si-betina-pun-gatal-dah-tahu.../
Sorry la. Ko wat sidang media pn x de gunanya. Lg nmpak kebodohan ko nak menipu. Ko mmg prempuan murahan! X de maruah. Malukan keluarga. Ko dgn jantan tu x kn bhagia pn kalau kawin. Sbb 1 Malaysia da sumpah seranah ko. Jalangg!

www.melvister.com Gambar kekasih baru Hanez Suraya ketika di Pulau Tioman tersebar. Baru-baru ni, peminat dikejutkan dengan beberapa keping foto mesra bersama seorang jejaka yang


**Peluang untuk pengguna FACEBOOK, TWITTER, WHATSAPP, WECHAT  dan LAMAN SOSIAL yang lain menjana pendapatan RM900 sehari tanpa modal.

FREE REGISTER tiada apa-apa bayaran yang dikenakan. Sila klik di SINI.


(Kredit Sumber: beautifulnara.com &www.facebook.com/KamiSokongLiyanaManan )



Liyana Manan Enggan Mohon Maaf Pada Hanez Suraya

|| || ,,, || Leave a komentar



Laporan sebuah akhbar tempatan hari ini menyebut, isteri kepada kekasih pelakon Hanez Suraya iaitu Nurliyana Manan enggan memohon maaf secara terbuka kepada aktres itu seperti yang diminta.

“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”, Itu kenyataan balas Liyana Manan yan masih lagi belum bercerai dengan lelaki bergelar Mr. R atau nama sebenarnya Romie Razizan Adilha.

“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,” tambahnya lagi.

Liyana Manan juga berkata, sikap curang suaminya dengan perempuan lain bukan perkara baru dan turut tidak menafikan yang pernah menuntut cerai pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada tahun lalu.

“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,” tambah Liyana Manan yang sudah lapan tahun bergelar isteri kepada Romie Razizan Adilha. -BH

Hanez Suraya Tuntut Isteri Kekasihnya Mohon Maaf Kerana Memfitnah Dirinya

|| || ,,, || Leave a komentar
DARI kiri, Romie, Rubiah, Wan Norliyana dan Hanez pada sidang media, semalam.
 


Hanez akan mengambil tindakan sekiranya isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya iaitu Nurliyana Abd Manan tidak memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.


PETALING JAYA: Pelakon Hanez meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

"Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya secara terbuka.

"Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.

"Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," katanya.


Hanez berharap namanya dapat dibersihkan daripada sebarang tuduhan merosakkan rumah tangga orang lain.

Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada Rabu.

Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha, 34, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai.



Romie Razin Adilha lelaki yang dikaitkan dengan Hanez Suraya.

Situasi bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain.

Dalam sidang media yang sama, Romie pula berasa agak terkejut apabila kontroversi tersebut tersebar selain perbuatan isterinya membuat kenyataan di media.

"Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku. Sebelum saya mengenali Hanez lagi.

"Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi," tegasnya.

Hasil perkahwinan Nurliyana dengan Romie Razin, mereka dikurniakan dua orang anak yang berusia antara dua dan lapan tahun.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

"Hanez Suraya Rampas Suami Saya" - Liyana Manan

|| || ,,, || Leave a komentar


 Gambar percutian Hanez Suraya dan kekasihnya di Bangkok, Thailand.



Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya
 
“SAYA nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri ‘R’ yang sah.”

Itu antara luahan isteri kekasih pelakon Hanez Suraya, Liyana Manan menerusi sisipan B*Pop baru-baru ini.




Dia menyatakan kekesalannya selepas episod penafian demi penafian yang dilakukan oleh pelakon itu berhubung status kekasihnya yang dikenali sebagai ‘Mr.R’.

Hanez yang pernah ditebak dengan persoalan mengenai status kekasihnya sebelum ini berkata, lelaki itu merupakan duda anak dua.

Tidak lama selepas itu, dia memohon maaf dan menafikan bahawa ‘Mr. R’ seorang duda sekaligus membongkar kisah sebenar yang terjadi antara mereka.

“Selama hari ini, saya mendiamkan diri dan memendam rasa biarpun mengetahui suami menjalin hubungan cinta dengan Hanez. Saya tidak terfikir untuk menganggu Hanez, apatah lagi menyerangnya. Apa saja kenyataan dikeluarkan Hanez, saya baca dan pendam saja dalam hati.

“Bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. Apa tujuannya mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumah tangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup-cukuplah maruah saya disiat-siat.


Gambar Hanez Suraya bersama anak-anak kekasihnya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. 

“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah, tapi apa yang dapat saya katakan, konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkah hubungan sejak 8 bulan lalu, itu pengakuan Hanez sedangkan rumah tangga kami berantakan baru saja 6 bulan. Bermakna rumahtangga kami jadi lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya,” ujarnya lagi.

Liyana berkata, suaminya mula berubah sikap termasuklah gemar membawa telefon bimbit walaupun pergi ke tandas.

“Sebelum ini saya hanya dapat mengagak suami menjalinkan hubungan dengan wanita lain apabila suami bersikap dingin. Sikap peliknya membuatkan saya dapat mengagak sesuatu, gerak hati isteri selalunya benar. Sampaikan masuk tandas pun masih membawa telefon bimbit, jadi faham-faham sendirilah.

“Suami juga selalu mencari pasal dan menuduh saya bukan-bukan sehingga mencetuskan perang besar. Pulang lewat jangan cakaplah, tapi masih bersabar. Kami berpisah bilik tidur dan akhirnya, saya tidak tahan dan ambil keputusan pulang ke rumah ibu saya pada September, tahun lalu.

“Saya terseksa apabila sering dimaki hamun sehingga kami tidak bertegur sapa dan hidup sebumbung bagaikan orang asing. Dia tidak lagi menghargai saya sebagai isterinya dan martabat saya sebagai isteri dipijak-pijak, jadi lebih baik saya keluar rumah.

“Anak pertama bersama suami, manakala anak kedua tinggal dengan saya. Bagaimanapun saya tidak dilepaskan sehingga hari ini. Saya sudah memfailkan permohonan cerai pada Oktober tahun lalu dan kes masih dalam sebutan,” jelasnya.

Menerusi pendedahan ini, wanita ini turut menyertakan bukti gambar percutian pelakon itu dan suaminya di Bangkok, Thailand.


Mungkin Hanez boleh dikatakan ‘beruntung’ kerana Liyana seorang wanita yang cukup penyabar kerana tidak menyerangnya biarpun dia mempunyai nombor telefon pelakon itu.

Di akhir perbualannya, dia sempat menitipkan pesanan buat Hanez:

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormati perasaan saya selagi saya bergelar isteri Mr.R.”

Memang sedih sebenarnya membaca setiap baris kata-kata Liyana ini.

Bayangkan jika anda berada di tempatnya, entah apa yang akan anda lakukan ketika melihat suami yang pernah bersama ketika susah-senang bercanda-ria dengan wanita lain yang belum mempunyai sebarang ikatan sah.

Kepada ‘Mr.R’, diharap anda tidak akan terus menyorok dan mendiamkan diri bagai seorang pengecut.

Jika benar anda sudah tidak ada hati dengan isteri, selesaikanlah dengan cara yang baik.

Diharap agar Liyana terus bersabar kerana kami yakin pasti ada hikmah di sebalik kepayahan yang dihadapi sekarang…

Oleh: ELZA