Pada Februari lalu laporan media menyebut penyanyi Datuk Hattan akan berkahwin semula dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd. Abidin, pada Jun ini. Bagaimanapun beritahu penyanyi Biso Bonar ini dalam Kosmo! hari ini, beliau merancang menikahi Arianie pada 15 Ramadan ini. Dan terfikir untuk mengadakan majlis resepsi pada hari jadi anak kami, Adam, iaitu 21 Ogos.
"Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie)", katanya yang akan mengadakan majlis resepsi dalam suasana sederhana.
Menurut Hattan, dia lebih suka mereka berkahwin pada 15 Ramadan kerana mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Pasangan itu mahu melupakan perkara silam dan buka lembaran baharu untuk hidup bersama.
Tambahan anak tunggal mereka, Adam Eiman, 15, menyambut baik akan keputusan ibu bapanya itu mahu berkahwin semula.
Hattan bersama anaknya, Adam Eiman
Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.
KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana berharap kejadian ditangkap khalwat yang menimpa bekas kekasihnya pelakon Shahrizal Jaszle menjadi satu pengajaran buat pelakon tersebut.
Miera, 20, berkata, Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah dapat berhadapan dengan perkara tersebut dengan tabah.
"Saya terkejut dan ingat perkara tersebut hanya gurauan apabila diberitahu oleh salah seorang pelakon, tapi apablia terbaca di internet baru saya percaya.
"Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya harap dia mengambilnya sebagai satu pengajaran buatnya," ujarnya.
Miera berkata demikian ketika diminta mengulas tentang bekas kekasihnya Shahrizal jaszle, 25, yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah unit apartment Taman Sri Subang, Khamis lalu.
Kata Miera, sebagai kawan dia bersimpati dengan kejadian tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan nama Shah sebagai pelakon.
"Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia diperangkap.
"Saya harap dia dapat hadapi dengan tabah," katanya.
Tambahnya, sejak putus cinta dengan pelakon Cinta Bertaut Di Abu Dhabi itu, dia jarang berhubung antara satu sama lain.
"Kami tidak berhubung lagi lepas putus, hubungan pun hanya sebagai rakan artis sahaja.
"Masing-masing buat hal sendiri dan ini kali pertama saya baca berita tentang dia selepas berpisah," katanya.
Jika dengar cerita daripada artis wanita cantik yang ditinggalkan suami ini, memanglah nampak seperti dia tak bersalah. Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap individu yang dikatakan merampas suaminya.
Mendengar cerita ini memanglah buatkan ramai yang bersimpati kerana kelihatan dia seperti teraniaya.
Bagaimanapun tembelangnya pecah apabila satu sumber memberitahu SS rupa-rupanya artis ini bukanlah baik sangat. Difahamkan, dia yang sebenarnya berlaku curang dengan bekas suaminya dengan menjalin hubungan dengan lelaki muda.
Dia sangkakan perbuatannya tak dapat dikesan suami, namun perkara begini bukan boleh disembunyikan kerana lambat laun akan terbongkar juga. Punyalah kecewa suaminya apabila dapat tahu perkara ini hingga ambil keputusan menceraikannya.
Tapi dalam pada itu, artis ini bukanlah serik sangat kerana dalam saat-saat ditinggalkan suami pun, dia masih lagi sibuk melayan ‘anak ikan’ itu.
Kawan-kawan lain terkejut kerana tak sangka belang sebenarnya sudah kelihatan. Dia memang asyik dengan teman lelakinya itu hingga sanggup bercerita pada mereka mengenai hubungan ini.
Paling mereka bengang, dia bercerita teman lelakinya itu amat menyayanginya sepenuh hati sedangkan tanpa sedar dia hanya diperalatkan untuk kepentingan peribadi lelaki terbabit. Nampak sangat dia dipergunakan apabila lelaki itu tanpa segan-silu minta dibelanja talian telefon pra bayar dan macam-macam lagi.
Seperkara lagi, rakan tadi turut terkejut apabila dikatakan dia sanggup menghantar gambar tak senonoh untuk memujuk rayu suaminya tapi cara ini juga tak layan.
SS sendiri terkejut apabila mendengar cerita ini. Sudah dapat suami yang baik tapi dia buat perangai.
Apapun SS harap dia segera menyesali kesilapan dilakukan dan minta keampunan dari Allah. Janganlah diulangi lagi perkara yang membuatkan dia sendiri rugi dan berputih mata untuk selamanya.
Kuala Lumpur: “Ya, kami sudah putus hubungan dan setakat itu sajalah hubungan kami.
“Lebih baik berpisah awal secara baik daripada mencetuskan pergaduhan pada masa depan,” kata pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo Omar, 28 mengakui hubungan cintanya bersama pelajar Universiti LimKokWing, Hans Jaafar, 25 sudah berakhir.
Fizo dihubungi semalam berkata, hubungannya bersama pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan itu hanya bertahan dua bulan selepas tiada keserasian bersama.
“Saya anggap hubungan ini berakhir kerana tiada jodoh dan persefahaman. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi,” katanya.
Kata Fizo, dia menerima keputusan putus cinta dengan hati terbuka dan mengakui masih berkawan bersama wanita itu.
PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz diminta untuk bertaubat dan segera memohonan maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas memburukkan wanita itu menerusi sebuah sidang media pada awal minggu lalu.
Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.
"Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.
"Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.
"Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid
Wan Akashah diminta mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan Afiq yang meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu yang membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.
Afiq dikatakan derhaka kepada ibunya, Hasliza, (kanan) gara-gara sudah berubah sikap.
Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut selepas hatinya hancur melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.
Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.
Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media khas yang diadakannya sendiri yang turut dihadiri pelakon muda yang dikatakan kekasihnya itu, Eina Azman, 18.
Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayanginya dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.
Bagaimanapun Aqashah menasihatkan Afiq supaya mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih.
"Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa.
"Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk.
"Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita," tegasnya.
Kita baca pula komen dari rakan FB ini.. Afiq..Afiq...duit kamu tak boleh bwk mati dik...andai kata mak kamu mintak kamu ganti balik susu yg kamu minum dr sejak lahir dan lelah dia mengandungkan kemudian melahirkn dan kemudian membesarkan, setiap titik darah yg tumpah dan setiap urat2 halus yang putus dan setiap inci kulit dan daging yg trkoyak kemudian dijahit balik tanpa bius demi melahirkan kamu, setiap muntah dan pitam, setiap kali terjaga dr tidur akibat kaki cramp stp malam, stp urat belikat yg lenguh lemah dan sengal membawa perut 40 minggu, tak lupa juga stp kali ibu kamu berjaga malam meneman kamu yg demam panas sambil tersengguk2 menahan mengantuk, melayan kamu yg ingin bermain di saat ibu kamu tidak sihat tapi digagahkan tersenyum demi anak, setiap senyuman gembira tanda puas bila mendengar segala celoteh ank stp kali balik skolah...(eh byk lagi lah..panjang sgt nk tulih)...TIDAK MAMPU KAMU BAYAR WLAU BERJUTA DUIT YG KAMU ADA....
Gadis muda yg cantik klau bagi nasihat mmg nmpak indah, mmg nmpak penuh simpati, lagi pulak bila diselang-seli dgn bisik2 syaitan, mudah aje kamu trpengaruh... Ingatlah dik.."Ibumu..Ibumu..Ibumu kemudian Bapamu.." - Siti Diana Harun · Works at CDS GLOBAL SDN BHD
Saksikan video tergempar Afiq Muiz menangis menjawab dakwaan Ibunya. Namun, pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Afiq, Eina Azman pula dilihat seolah-olah ‘overshadow’ dalam video ini apabila dia kerap mencelah keterangan yang cuba diberikan Afiq kepada pihak media yang hadir pada majlis tersebut.