Artis Wanita Cantik Ditinggalkan Suami Kerana Curang

|| || ,, || Leave a komentar
Gambar Hiasan.



Jika dengar cerita daripada artis wanita cantik yang ditinggalkan suami ini, memanglah nampak seperti dia tak bersalah. Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap individu yang dikatakan merampas suaminya.

Mendengar cerita ini memanglah buatkan ramai yang bersimpati kerana kelihatan dia seperti teraniaya.

Bagaimanapun tembelangnya pecah apabila satu sumber memberitahu SS rupa-rupanya artis ini bukanlah baik sangat. Difahamkan, dia yang sebenarnya berlaku curang dengan bekas suaminya dengan menjalin hubu­ngan dengan lelaki muda.

Dia sangkakan perbuatannya tak dapat dikesan suami, namun perkara begini bukan boleh disembunyikan kerana lambat laun akan terbong­kar juga. Punyalah kecewa suaminya apabila dapat tahu perkara ini hingga ambil keputusan menceraikannya.

Tapi dalam pada itu, artis ini bukanlah serik sangat kerana dalam saat-saat diting­galkan suami pun, dia masih lagi sibuk melayan ‘anak ikan’ itu.

Kawan-kawan lain terkejut kerana tak sangka belang sebenarnya sudah kelihatan. Dia memang asyik dengan teman lelakinya itu hingga sanggup bercerita pada mereka mengenai hubungan ini.

Paling mereka bengang, dia bercerita teman lelakinya itu amat menyayanginya sepenuh hati sedangkan tanpa sedar dia hanya diperalatkan untuk kepentingan peribadi lelaki terbabit. Nampak sa­ngat dia dipergunakan apabila lelaki itu tanpa segan-silu minta dibelanja talian telefon pra bayar dan macam-macam lagi.

Seperkara lagi, rakan tadi turut terkejut apabila dikatakan dia sanggup menghantar gambar tak senonoh untuk memujuk rayu suaminya tapi cara ini juga tak layan.

SS sendiri terkejut apabila mendengar cerita ini. Sudah dapat suami yang baik tapi dia buat perangai.

Apapun SS harap dia segera menyesali kesilapan dilakukan dan minta keampunan dari Allah. Janganlah diulangi lagi perkara yang membuatkan dia sendiri rugi dan berputih mata untuk selamanya.

Oleh: SS (hmetro)