Jehan Miskin Sah Bergelar Suami Wanita Korea

|| || ,, || Leave a komentar


PASANGAN mempelai pelakon, Jehan Miskin dan isterinya, Julie Camelia Rhee bersama ibu masing-masing pada majlis pernikahan mereka di Carcosa Seri Negara, hari ini. 


 Jehan sah bergelar suami kepada Julie Camelia Rhee.



KUALA LUMPUR: Dengan dua kali lafaz, pelakon Jehan Miskin sah bergelar suami kepada wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada petang Sabtu.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Carcosa Seri Negara kira-kira pukul 2.40 petang.

Pasangan tersebut diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian.

Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.



 Antara barang hantaran Jehan dan isterinya.


Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.

Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang.

Pada majlis tersebut, Jehan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala isterinya menyarung gaun tajaan Zaterra dan Celest Thoi.


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PRU13 : Artis Kesayangan Anda Mengundi di Mana?

|| || ,, || Leave a komentar



Dua hari lagi! Pastinya seluruh rakyat Malaysia (yang layak mengundi) semakin teruja dan tak sabar-sabar lagi nak memangkah wakil rakyat pilihan anda, kan. Barangkali ada antara anda yang dah bersiap-siap untuk balik kampung. Sama lah dengan sebilangan besar artis tanah air yang juga teruja untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

 

Apapun, undi adalah rahsia. Heh. Tapi siapa tahu kalau-kalau anda terserempak dengan artis kesayangan anda sewaktu di tempat megundi nanti, sambil tunggu giliran masuk dewan, sambil tu boleh lah bertegur sapa. 

 

Berikut beberapa artis yang sempat kami 'desak' mereka dedahkan di mana mereka akan mengundi dan akhirnya mereka sudi juga berkongsi lokasi (secara umum) di mana mereka berada pada 5 Mei nanti. Selamat mengundi semua!  
.
Penyanyi dan penulis lirik Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali akan mengundi di Keramat.

 
.
Personaliti TV, Daphne Iking akan pulang ke Keningau, Sabah, untuk mengundi.

 

 

 

.

 

 

Penyanyi Dayang Nurfaezah pulang ke Kuching dan mengundi di Parlimen Bandar Kuching. 

 

 

 

.

 

 

 

 

Hans Isaac mengundi di Parlimen Ampang). Ini merupakan kali pertama pelakon dan penerbit berusia 42 tahun ini akan mengundi.

 

 

 

 

.

 

 

Kali pertama, Neelofa akan mengundi di Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

 

 

 

 

.

 

 

 

 

Pengacara dan penyampai radio Fly.FM, Hani Madu, mengundi di Taman Tun (Parlimen Segambut).

 

 

 

 
.

 

 

 

 

 

"Mengundi?! InsyaAllah, saya akan balik mengundi di Kota Kinabalu Sabah" - penyanyi, Ayu OIAM

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Ya, mengundi! InsyaAllah, saya akan balik ke Melaka dan mengundi di Parlimen Masjid Tanah - pelakon, Ammar Ashraf

 

 

 

 

 

.

 

 

Menurut Marsha sepatutnya pulang mengundi di Tamparuli, Sabah. Tapi mungkin dia tidak sempat pulang kerana terpaksa menjalani penggambaran.

 

 

 

 

.

 

 

 

Pelakon jelita Rozita Che Wan akan mengundi di Parlimen Titiwangsa. Manakala bakal suaminya, pelakon Zain Saidin akan mengundi Parlimen Bukit Antarabangsa.

 

 

 

.

 

 

 

"InsyaAllah... mengundi. Saya mengundi di Parlimen Ampang" - pelakon, Nad Zainal

 

 

 

 

 

.

 

 

Raja Azmi memberitahu beliau akan mengundi di Banting (Parlimen Kuala Langat), Selangor.

 

 

 

 

.

 

 

 

"Undi? Rahsia! Kat mana saya mengundi? Pun rahsia... " - penyanyi, Adibah Noor

 

 

.

 

 

 

 

Penyanyi dan komposer Hazami akan mengundi di Parlimen Seri Gombak.

 

 

 

 

.

 

 

 

"Saya akan mengundi di Damansara" - penyanyi, Soo Wincci

 

 

 

 

 

.

 

 

"Saya akan balik ke Mambau, Negeri Sembilan untuk mengundi nanti" - pelakon, Enot

 

 

 

.

 

 

 

Maya Karin memberitahu beliau akan mengundi di Sungai Pencahala (Parlimen Segambut), Kuala Lumpur.

 

 

 

 

.

 

 

                     

Pelakon Nadiya Nisaa akan mengundi di Gombak.

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Ekin (AF3) akan pulang ke Labuan, Sabah untuk mengundi. Yazer pula mengundi di kampung kelahirannya, Tawau, Sabah.

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Hmm... mengundi di Johor, InsyaAllah - penyampai radio Linda Onn

 

 

 

 

.

 

 

 

 

 

 

Hanez Suraya mengundi di Damansara Utama 

 

 

 

 

 

 

.

 

 

"Saya akan pulang mengundi di Kerteh, Terengganu (Parlimen Kemaman)" - penyampai radio Suria.FM, Halim Othman

 

 

 

 

.

 

 

 

Black (Mentor) akan mengundi di Parlimen Lembah Pantai.

 

 

 

 

 

 

.

 

 

       

Pelakon Siti Fazurina akan mengundi di Sungai Petani, Kedah.

 

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Pelakon dan model Riz Amin akan pulang ke Changlun, Kedah dan mengundi di Parlimen Kubang Pasu.

 

 

 

 

 

.

 

 

 

"Saya undi BN! BN! Saya mengundi di Kuala Lumpur (Parlimen Bukit Bintang)" - pelakon Anzalna

 

 

 

 

.

 

 

 

Pelakon Julia Ziegler mengundi di Parlimen Ampang

 

 

 

 

 

.

 

 

Salmah akan pulang mengudi di kampungnya di Tawau, Sabah.

 

 

 

.

 

 

 

 

Ziana Zain akan mengundi di Seksyen 19, Shah Alam.

 

 

 

 

.

 

 

 

             

"Saya mengundi di Setapak, InsyaAllah... " - penyanyi, Ezlynn

 

 

 

 

.

 

 

 

 

 

 

Pelakon Betty Benafe mengundi di Shah Alam, Selangor 

 

 

 

 

.

 

 

 

 

 Ratu rock tanah air, Ella akan mengundi di Banting, Selangor

 

 

 

 

.

 

 

 

 

Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza akan mengundi di Parlimen Cheras.

 

 

.

 

 

 

Sam dan Paan, kedua anggota kumpulan Bunkface ini memberitahu mereka akan mengundi di Andalas, Klang.

 

 

 

 

.

 

 

 

Pelakon, Beego akan mengundi di Ampang. Bakal isterinya, pelakon Linda Hashim pula akan mengundi di Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Pengacara nombor satu negara, Dato' Aznil Hj. Nawawi akan mengundi di Keramat

 

 

 

 

.

 

 

 

Jamal Abdillah akan mengundi di Parlimen Subang Jaya

 

 

 

 

.

 

 

 

 

Pelakon Kavita Sidhu akan mengundi di Parlimen Segambut

 

 

 

.

 

 

Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim akan mengundi di Parlimen Titiwangsa, Selangor.

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Datuk Paduka Shuhaimi Baba memberitahu beliau akan mengundi di Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

.

 

 

 

"Saya akan balik ke Pulau Pinang untuk mengundi - penyanyi, Nassier Wahab 

 

 

 

.

 

 

 

Seniwati Mariani akan mengundi di Parlimen Lembah Pantai

 

 

 

 

 

 

.

 

 

"Saya balik akan balik mengundi di Keluang, Johor - Yana Samsuddin 

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Aizat tidak dapat mengundi kali ini kerana terpaksa berangkat ke Melbourne, Australia untuk satu persembahan festival di sana.

 

 

 

 

.

 

 

 

Zed Zaidi akan mengundi di Parlimen Seri Gombak.  

 

 

 

 

 

 

 

.

 

 

Sumber terdekat Yuna memberitahu, penyanyi yang kini menetap di Los Angeles ini mengundi secara pos.

 

 

 

.

 

 

 

 Fizz Fairuz pulag ke Raub, Pahang untuk mengundi.

 

 

 

 

 

.

 

 

                 

Faizal Hussien akan mengundi di Parlimen Seri Gombak.

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Dina Nadzir akan pulang mengundi di Johor Bahru.

 

 

 

 

 

.

 

 

                                                 

Didie Alias akan mengundi di Keramat

 

 

 

 

.

 

 

 

Sazzy Falak akan mengundi di Parlimen Segambut.

 

 

 

 

.     

 

 

 

Dynas Mokhtar akan mengundi di Shah Alam.

 

 

 

 

.

 

 

 

 

Aishah Sinclair akan mengundi Parlimen Segambut.

 

 

 

 

.

 

 

 "Saya paksa Ashraf balik mengundi. Dia berjanji akan balik dan mengundi di Parlimen Segambut " - Aishah Sinclair (kakak kepada pelakon Ashraf Sinclair).

 

 

 

.

 

 

 

 

Iqram Dinzly akan pulang mengundi di Ipoh, Perak.

 

 

.         

 

 

 

Shaheizy Sam akan mengundi di Kuala Lumpur.

 

 

 

 

.

 

 

 

Cat Farish akan mengundi di Taman Seputeh.

 

 

 

.

 

 

 

 

Sharifah Shahora akan mengundi di Parlimen Bukit Antarabangsa.

 

 

 

 

 

 

.

 

 

 

Pelakon Syanie aka mengundi di Taman Tun (Parlimen Segambut).

 

 

 

 

.

 

 

 

Fara Fauzana akan mengundi di Shah Alam.

 

 

 

 

 

.

 

 

 

 Pengarah Osman Ali akan mengundi di Langkawi, Kedah.

 

 

 

 
- mD