Panas!! Maria Farida Menyifatkan Shahz Jaszle Sebagai 'Buaya Darat'

|| || ,,, || Leave a komentar
 


Pelakon yang pernah intim bercinta dengan aktor kontroversi Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle suatu ketika dulu iaitu Maria Farida menyatakan dia tidak terkejut dengan kes khalwat yang melibatkan bekas kekasihnya itu.

Malahan, dia juga sudah menyangkakan perkara sebegitu akan terjadi kepada Shahz Jaszle.

“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around.

“Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar,” katanya yang dipetik menerusi laporan Malaysian Digest.

Maria juga menyifatkan Shahz sebagai buaya darat yang selalu memperdayakan teman wanitanya sebelum ini dan aktres itu turut melahirkan perasaan simpatinya terhadap tunang Shahz, Redzwani Puteri malah menyifatkan gadis itu sebagai seorang yang baik.

“Kasihan lah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shahz Jaszle) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar dari orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu”, ujarnya lagi.


Neelofa Halalkan Hutang Shah Jaszle Sebanyak RM5,000

|| || ,,, || Leave a komentar

Shahrizal Jaszle dan Neelofa pernah bergandingan dalam filem Azura 2012.

PETALING JAYA: Pelakon dan model Neelofa menafikan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi meminta hutang sebanyak RM5,000 kepada pelakon Shahrizal Jaszle.

Berita Harian melaporkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24,berkata, dia tidak pernah berbuat demikian, malah tidak mempunyai nombor telefon pelakon lelaki tersebut.

"Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan akhbar kononnya Lofa menghantar SMS kepada Shahz, kami sudah lama tidak berhubung.

"Apa yang Lofa ingat, Lofa ada minta duit itu sekitar dua tahun lalu dan Lofa tidak tahu mengapa dia mengaitkan Lofa dalam perkara ini," katanya.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika Shahrizal menyerang pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh di tempat kerja dan pada masa yang sama, Neelofa kononnya telah menghantar SMS tersebut.





 Neelofa

 
Sementara itu, Neelofa berkata, dia sudah mengambil keputusan untuk menghalalkan sahaja hutang tersebut bagi mengelakkan dirinya terus dikaitkan dengan pelakon filem Azura 2012 itu.

"Ada banyak lagi perkara Lofa kena fikir. Sebelum kepala bertambah pening baik saya halalkan sahaja hutang itu.
"Bukan kerana wang itu tidak penting cuma malas untuk panjangkan cerita," ujarnya.

Diana Danielle Selamat Bersalin Anak Lelaki

|| || ,,,, || Leave a komentar
Inilah wajah anak Farid Kamil dan Diana Danielle. Gambar ini dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Farid kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.


PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.

Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) kepada mStar Online pada petang Selasa.

“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online.



Gambar perkahwinan Farid dan Diana pada 3 November 2012.

David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.

“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.

Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia, anak lelaki ku).

Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kononnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.

Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.

Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Kenapa Benjy Tidak Pernah Mahu Insaf ??

|| || ,,, || Leave a komentar
BENJY (dua dari kiri) bersama lima rakannya yang didakwa di Mahkamah Majistret, semalam.


Ampang: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang pernah didenda RM5,000 kerana memiliki dadah pada 2010, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam bersama lima rakannya termasuk dua wanita terhadap tuduhan memiliki 4.7 gram syabu pada minggu lalu.




Gambar Benjy bersama ibunya, Seniwati Azean Irdawaty yang sedang bergelut dengan serangan serius penyakit kanser.
 
Selain Benjy, 34, turut didakwa bersamanya ialah Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi Ibrahim, 32, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, Norazila Arzami, 27, dan Afifi Hamidi, 27.

Asmanizam dan Norazila adalah pasangan suami isteri dan bekerja sebagai peniaga, begitu juga Zain Amir dan Imran Radzi manakala Afifi bekerja dalam bidang pembinaan.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu kecuali Zain Amir yang membuat pengakuan bersalah.

Mengikut kertas tuduhan, semua mereka didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine tanpa kebenaran di No C-2-2 Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Klang, jam 11.30 pagi, 26 Jun lalu.


Oleh Nor Azura Abdul Jalil