Penyanyi Dangdut Serbu Rumah Bekas Suami

|| || ,,, || Leave a komentar
Sheeda


TANGGAL 1 Ramadan ternyata memberi kelegaan buat penyanyi dangdut Sayyida Beevi M. Shahul Hameed, 50, atau lebih popular dengan panggilan Sheeda apabila anak bongsunya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli, 13, kembali ke pangkuannya.

Sebelum ini, Sheeda terpaksa berpisah buat sementara dengan anak daripada perkahwinan keduanya bersama Ahmad Fazli Mohammad, 38, apabila bekas suaminya itu menghalangnya untuk berjumpa dengan Fazlinda.

Sehinggakan penyanyi yang dikenali menerusi lagu Angkat Kaki itu mengambil keputusan nekad untuk menyerbu rumah bekas suaminya yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur dengan bantuan beberapa orang anggota polis.

Selepas serbuan tersebut berakhir, Kosmo! sempat menemu bual Sheeda yang ternyata kelihatan gembira di samping anaknya itu setelah tiga bulan berpisah.


Sheeda dan Fazlinda menunjukkan dua surat daripada pihak sekolah yang mengesahkan ketidakhadiran Fazlinda ke sekolah masing-masing pada tarikh dari 13 Jun hingga 1 Julai dan dari 4 hingga 10 Julai lalu.

 
Kosmo!: Bolehkah ceritakan tentang situasi sebenar mengenai kejadian yang menimpa anak Sheeda?

SHEEDA: Pada 4 Mei lalu saya dalam perjalanan pulang ke kampung di Kelantan bersama anak bongsu saya. Kemudian bekas suami saya, Fazli mahu berjumpa untuk berbincang mengenai sesuatu mengenai Fazlinda dan kami bertemu di sebuah restoran di Sri Gombak, Selangor. Dalam pertemuan itu berlaku sedikit pertengkaran kecil sehingga saya terpaksa menyerahkan anak saya kepada Fazli. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, saya menangis tidak henti-henti kerana hasrat untuk bercuti bersama anak tidak tercapai.

Apakah yang berlaku selepas pertemuan tersebut?

Saya amat sedih dan terkilan apabila bekas suami tidak lagi mengizinkan saya untuk bertemu dengan Fazlinda. Sepanjang tempoh tiga bulan kami ada berbincang supaya anak saya dikembalikan semula, tetapi Fazli berkeras tidak membenarkannya. Ibu mana yang tidak sedih apabila tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anak sendiri. Lagipun, saya yang telah membesarkannya selama 13 tahun tanpa meminta sebarang bantuan daripada bekas suami.

SHEEDA bersyukur Fazlinda kini kembali ke pangkuannya.

Apakah tindakan Sheeda selanjutnya?

Kecewa dengan situasi yang berlaku saya mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan berharap mereka mendapat bantuan yang sewajarnya. Setelah saya mengemukakan aduan kepada Karyawan menerusi Datuk Freddie Fernandez, mereka mencadangkan supaya perkara ini dibawa ke mahkamah dan telah memperkenalkan saya dengan seorang peguam syarie iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.

Apa yang saya tahu kos untuk mendapatkan khidmat peguam seperti Fakrul Azman ini bukanlah murah, tetapi saya amat terharu dan berterima kasih kerana tidak perlu mengeluarkan satu sen pun kerana semuanya ditanggung oleh Karyawan.

Bagaimanakah perasaan Sheeda setelah anak kembali ke pangkuan?

Pada 28 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan bagi mendapatkan semula hak penjagaan anak. Sebenarnya saya terpaksa mengambil tindakan selanjutnya kerana mendapat tahu sepanjang tiga bulan Fazlinda tidak bersama saya, sudah banyak kali dia tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Pihak sekolah telah memberitahu bahawa anak saya tidak hadir dari 13 Jun sehingga 1 Julai lalu. Kemudian dia cuma bersekolah selama dua hari dan pada 4 Julai dia tidak hadir ke sekolah semula sehingga 10 Julai.

Apakah alasan yang diberikan oleh bekas suami mengenai perkara tersebut?

Dia sekadar memberi alasan dengan mengatakan membawa Fazlinda pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kalau difikirkan secara logik, kenapa pula dia membiarkan Fazlinda ponteng sekolah semata-mata mahu pergi bercuti. Sebagai ibu sudah tentu saya mahukan Fazlinda berjaya dalam pelajaran memandangkan dia seorang pelajar yang pandai dan pernah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu. Jadi saya sangat kecewa apabila mendapat tahu dia tidak ke sekolah dan bimbang apabila dia dibuang sekolah.

Setelah Fazlinda kembali ke pangkuan Sheeda, apakah pesanan yang ingin disampaikan kepada bekas suami?

Saya cuma mahu berpesan bahawa saya tidak akan memutuskan hubungan silaturahim antara seorang ayah dan anak. Kalau dia hendak berjumpa dengan Fazlinda pada bila-bila masa saya izinkan. Selama ini pun saya langsung tidak kisah kalau dia berjumpa dengan anak kami secara senyap-senyap. Kini, saya berharap supaya Fazlinda dapat menjalani kehidupan dan persekolahan seperti biasa.


Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

Pelakon Wanita 80-an, Putri Salbiah Dituduh Menipu Dan Memalsukan Kad Pengenalan

|| || ,,, || Leave a komentar



KUALA LUMPUR – Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar selain dua tuduhan memalsukan kad pengenalan, tiga tahun lalu.

Putri Salbiah Megat Razalli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 48, dalam satu urus niaga pembelian tanah dengan memperkenalkan dua individu sebagai pemilik tanah di Mukim Rim di Jasin, Melaka.

Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @ Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April 2010.

Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama pada 23 Jun 2010.

Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.

Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan Majid dan Yang Azizah dengan nama palsu mereka di antara Januari dan April 2010.

Kesalahan di bawah Peraturan (25)(1)(j) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) itu jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh enggan bekerjasama dalam siasatan kes tersebut.

Tambah Anthony, tertuduh juga sebelum ini pernah melarikan diri ke Brunei yang kemudiannya di tangkap oleh pihak berkuasa negara itu pada 9 Julai lalu sebelum di reman di Mahkamah Majistret di Miri sebelum didakwa.

Peguam Mohd Shahrullah Khan pula berkata, Putri Salbiah telah kembali ke Brunei untuk menjaga bapanya yang sakit dan meminta ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan.

Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret di Miri bagi tujuan tersebut.






Putri Salbiah sebelum ini dikenali dalam filem 80-an iaitu Ranjau Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud. Beliau juga pernah berkahwin dengan dengan anak Seniwati Sarimah, iaitu pelakon M.Jamil. Pasangan pelakon itu akhirnya telah bercerai setelah beberapa tahun mendirikan rumahtanggga.

Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan Din Glamour.


Irma Hasmie Dan Suami Bergilir-Gilir Jaga Anak

|| || ,, || Leave a komentar
Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer bersama putera sulung mereka, Redza Syah Irfhan.


Walaupun tiada pembantu rumah juga pengasuh, namun tidak menjadi masalah besar buat pengacara Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer untuk menjaga anak sulung mereka yang kini mencecah usia tiga bulan. Sebaliknya Irma dan Redza bergilir-gilir menjaga bayi mereka yang diberi nama, Redza Syah Irfhan.

"Kami tiada pembantu, setakat ni. Redza yang minta supaya tidak ambil pembantu. Jadi kami ambil keputusan untuk menjaga Irfhan secara bergilir-gilir. Pagi seawal jam 6 pagi saya dah keluar rumah kerana program saya, Assalamualaikum bermula jam 8 hingga 10 pagi. Jadi waktu pagi, ayah dia akan jaga. Selesai tugasan di studio saya pula akan mengambil alih tugas menjaga Irfhan.

"Irfhan menyusu badan jadi saya memang tak boleh tinggalkan dia lama-lama. Sebab tu juga saya tak ambil tawaran berlakon buat masa ni. Sebab nanti kalau dah sibuk di set penggambaran memang susah . Lagipun Irhfan kecil lagi, tungguah dia besar sikit, InsyAllah kalau ada tawaran berlakon pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan", kata Irma Hasmie kepada Malaysian Digest.com ketika di temui pada majlis sidang media Baby & Ekspo 2013 di PWTC, petang semalam.

Irfhan dilahirkan pada 29 Mac lalu secara pembedahan. Menarik, anak sulung Irma ini berkongsi tarikh lahir bersama anak sulung pelakon Ayu Raudhah.

Menurut Irma lagi, selain mengacarakan program di saluran TV Al-Hijrah, Assalamualaikum yang bersiaran setiap pagi Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, di sepanjang bulan Rmadan ini dia akan mengendalikan program khas bertemakan Ramadan Satu Perjuangan.

Selain itu, Irma juga baru menceburi dunia perniagaan busana muslimahnya, Debumas sejak awal Jun lalu.

"Baru secara kecil-kecilan. Ini pun kerana atas permintaan ramai. Sebab ramai yang datang kepada saya dan beritahu mereka suka jubah yang saya pakai, mereka tanya saya beli di mana. Saya kata saya design sendiri.

"Jadi sejak dari itu saya terdetik untuk buka perniagaan. Saya design dan kemudian hantar pada tukang jahit. Setiap design eksklusif dan hanya ada tiga warna sahaja. Setakat ni, Allhamdulillah dua dress-jubah rekaan saya dapat sambutan yang mengalakkan. Harganya sekitar RM100 hingga RM200. Kini kami masih dalam proses untuk mengeluarkan stock baru", katanya.


  Irma Hasmie

Dalam masa sama, Irma bersyukur kerana buku berjudul Smile, nukilannya bersama penulis Zambri Mohd sudah dua kali dicetak dan difahamkan sambutan terhadap jualan buku itu cukup memberangsangkan.

Istimewa, bagi yang ingin mendapatkan buku tersebut, sempena Baby & Raya Expo 2013 pada 27 dan 28 Julai ini, kunjungilah booth Irma Hasmie di Dewan Tun Razak 3, PWTC. Selain buku Smile, koleksi terbaru jubah rekaan Irma juga turut dijual.


Kredit Sumber:  mD

Hanez Suraya Akui Masih Gagal Untuk Melupakan Awi Rafeal

|| || ,,,, || Leave a komentar
 Gambar kenangan Hanez Suraya dan Awi Rafeal semasa sedang hangat bercinta.



MESKIPUN hubungan cinta yang dibina bersama penyanyi Awi Rafeal kecundang di tengah jalan, namun pelakon cantik ini mengakui masih sayangkan pelantun lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu.

“Tak dinafikan, mula-mula saya memang tak boleh terima tapi disebabkan hubungan kami dah lama dingin, jadi saya lebih tenang dan sudah boleh menerima semua ini,” katanya yang menolak 'orang ketiga' sebagai punca perpisahan mereka.

Menurut Hanez, perpisahan itu turut tidak menjejaskan keakraban antara kedua-dua belah keluarga mereka.

“Saya masih berhubung dengan keluarganya kerana itu memang tak dapat dipisahkan,” katanya.

Mengenai karier lakonannya, Hanez kini akan tampil dengan drama bersiri, Autumn Di Hatiku di samping pelakon popular Korea, Kim Jin Sung atau JS.



HOT..Hanez Suraya


Hanez Suraya juga mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi Awi Rafael biarpun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir.

Hanez, 28, berkata, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.

“Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.

“Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal,” katanya yang turut menafikan kehadiran atau campur tangan orang ketiga dalam hubungan mereka.