Rabecca Nur Al Islam Selamat Lahirkan Anak Kedua

|| || ,, || Leave a komentar
Rabecca Nur Al Islam dan suami bersama, Nor Anggun Raveira



Pelakon Rabecca Nur Al Islam telah selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Ampang sekitar jam 9.35 pagi semalam (20 September 2013, Jumaat).

Suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman menemaninya ketika melahirkan Nor Anggerik Renesmee seberat 3.74 kilogram melalui pembedahan.

“Alhamdulillah saya dan bayi sihat,” kata Rabecca Nur Al Islam yang dihubungi Harian Metro.



 Nor Anggerik Renesmee


Kelahiran bayi baru itu melengkapkan hidup pasangan berkenaan yang sudah mempunyai dua anak, Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan.

“Saya & suami suka keluarga besar, tetapi mungkin saya akan berehat dulu daripada menambah ahli keluarga baru,” katanya.

Tahniah atas kelahiran ahli keluarga baru dalam keluarga Rabecca Nur Al Islam dan Datuk Nor Azam, semoga kehadiran Nor Anggerik Renesmee ini menambah bahagia dalam kehidupan.

Gambar-Gambar Nora Danish Dan Nedim Di Myanmar

|| || ,,, || Leave a komentar


Seperti yang diketahui ramai, hubungan rapat di antara pelakon comel Nora Danish dengan anak kepada Menteri Pelancangon dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri kini bukan lagi menjadi rahsia.

Terbaru, Nedim dilihat menemani Nora dan ahli keluarganya pulang ke kampung halaman ibu aktres itu yang terletak di Myanmar.

Kepulangan Nora adalah untuk memberi penghormatan terakhir kepada moyangnya yang telah meninggal dunia baru-baru ini selain melawat neneknya yang menetap di sana.

Sebelum ini, Nora dan Nedim pernah bercuti di Bali selain sentiasa menghabiskan masa bersama-sama seperti yang diperlihatkan di laman Instagram milik Nora.

Anak-anak mereka iaitu Putra Rayqal Ramli dan Dre Dre juga sudah semakin mesra di antara satu sama lain disebabkan hubungan yang dijalinkan oleh ibu bapa mereka.





  

'Konsert Lentera Timur' Siti Nurhaliza Di Istana Budaya Memukau Penonton

|| || ,, || Leave a komentar
Datuk Siti Nurhaliza memukau penonton dengan persembahan bertenaga.

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Lentera Timur yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat.

Konsert yang mengangkat lagu-lagu tradisional ini mengabungkan pelbagai budaya masyarakat Melayu Timur yang bukan sahaja dipesembahkan melalui lagu malah turut diselitkan dengan sketsa yang bersesuaian.

Siti membuka tirai dengan persembahan tarian terkenal negeri Kelantan iaitu Mak Yong bersama seorang penari diikuti nyanyian lagu Nirmala dan Kurik Kundi.



Kemudian diikuti dengan segmen Dikir Timur yang menampilkan kumpulan Arjuna Sukma turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton apabila Siti tampil menjadi tukang karut bergandingan dengan tukang karut kumpulan tersebut.

Seterusnya konsert turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi jemputan Datuk M Daud Kilau dengan dua buah lagu iaitu Cik Mek Molek dan Laksamana Raja di Laut.

Konsert diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) itu mempersembahkan 35 buah lagu tradisional yang digubah dan disusun semula oleh dua pengarah muzik ternama iaitu Mohd. Yazid Zakaria dan Aubrey Suwito.



Manakala penggiat seni berpengalaman, Lokman Ghani selaku pengarah konsert.

Antara lagu lain yang turut disampaikan ialah Patah Hati, Empat Dara, Kau Pergi Tanpa Pesan, Bunga Melor, Mahligai Permata, Bahtera Merdeka, Balqis, Ya Maulai, Cindai dan Biarlah Rahsia versi tradisional.

Siti tampil anggun dengan tiga busana tradisional ciptaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zerry Zamry dan Cosry.




Biarpun terdapat sedikit gangguan teknikal pada pertengahan persembahan namun perkara tersebut tidak menjejaskan keseluruhan Konsert Lentera Timur yang berlangsung hampir dua jam itu.

Konsert Lentera Timur dipersembahkan selama empat hari bermula 20 hingga 22 September dan 24 September ini di Istana Budaya.

Oleh KEMALIA OTHMAN

Black Dan Isteri Keracunan Makanan Ketika Berbulan Madu Di Langkawi

|| || ,,, || Leave a komentar
Black dan isterinya sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.
 

PETALING JAYA: Bulan madu pasangan pengantin baharu iaitu Black Hanafiah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohamad Khairi terganggu gara-gara kedua-dua mereka mengalami keracunan makanan ketika berada di Pulau Langkawi.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, mereka telah ditahan di Hospital Daerah Langkawi pada malam Khamis selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan keletihan.

"Alhamdulillah keracunan tersebut tidak terlalu teruk dan kami hanya ditahan selama beberapa jam sahaja di hospital selepas diberikan air garam untuk menyeimbangkan kembali bendalir dalam badan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Black dan Naquia, 28, selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan.

Dalam perkembangan sama, Black berkata, kejadian berlaku selepas mereka menikmati makanan laut sejurus sampai di pulau peranginan itu pada malam Rabu lalu.

Kata Black, dia dan isterinya mula mengalami cirit-birit pada keesokan paginya sebelum ia melarat sehingga petang dan mengambil keputusan untuk pergi ke hospital mendapatkan rawatan.

"Mula-mula ingatkan sakit perut biasa sahaja tetapi ia semakin melarat sehingga ke petang sampaikan kami tidak larat untuk ke mana-mana dan duduk di dalam bilik hotel sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Black berkata, kejadian itu tidak menggagu percutian bulan madu mereka malah mengeratkan hubungan suami isteri yang baharu terjalin selama seminggu.

"Saat-saat begini mengeratkan kami dan ia tidak menggagu langsung dan hari ini (Jummat) keadaan kami sudah kembali pulih dan kami mahu bersiar-siar di pulau ini,” jelasnya.

Tambah Black, dia dan Naquia akan berada di Pulau Langkawi sehingga Sabtu (esok) sebelum berangkat ke Korea Selatan pada Isnin depan.



Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI



10 Gambar Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Anak Fasha Sandha

|| || ,,, || Leave a komentar



Pelakon terkenal, Fasha Sandha telah mengadakan satu majlis Aqiqah dan cukur jambul anaknya iaitu Putra Rayfal pada 15 September 2013. Majlis serba sederhana itu telah diadakan di rumah keluarga Jejai iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora di Ampang, Selangor.

Turut kelihatan ialah Nora Danish bersama anaknya Putra Rayqal. Kesemua mereka memakai pakaian serba biru.

Apa tunggu lagi, jom terjah gambar sekitar majlis akikah dan cukur jambul Putra Rayfal, anak Fasha Sandha dan Jejai di bawah ini. 















(Kredit Foto: kezoom.blogspot.com)