Isteri Fizo Omar Mempunyai 1,000 Helai Koleksi Tudung

|| || ,,, || Leave a komentar
Mawar tidak ulang memakai tudung yang sama.



Mawar mendedahkan mempunyai 1,000 koleksi tudung dalam simpanannya.

  
APA!!!1,000 helai tudung dalam almari? Rasanya belum ada lagi artis yang mampu pecah rekod isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Mawar Abdul Karim yang mempunyai koleksi tudung sebanyak itu. Kalau ada sila tampil dan tunjuk buktinya! Haaa.....

Tetapi itulah yang diberitahu oleh Mawar yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda ini ketika ditemui pada mahjlis sidang media program Terima Kasih Sayang baru-baru ini.

Bukan itu saja, Mawar memberitahu tidak akan memakai tudung tersebut lebih daripada sekali. Patutlah.. setiap kali tampil ke acara hiburan, Mawar bergaya penuh stail dengan koleksi tudung-tudungnya. Kekwat tak??

"Sebagai jurucakap dan pereka di Fareeda adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa jenama tersebut selain menggayakan rekaan terkini dan sebab itu saya tidak akan memakai sesuatu tudung itu lebih daripada sekali.

"Siapa lagi hendak promosikan jenama Fareeda kalau bukan saya. Betul tak?," katanya.

Bagaimanapun kata Mawar, kesemua tudung yang telah digayakan itu tidak akan dibazirkan begitu sahaja dan akan diberikan kepada kenalan rapat atau saudara mara terdekat.

Bercakap mengenai gayanya pada majlis berkenaan, Mawar berkata bagi menyesuaikan tema majlis berkenaan dia mereka sendiri tudung yang dipakainya sehari sebelum acara bermula.

Malah kata Mawar, tudung berkenaan hanya siap pada sebelah pagi sebelum majlis sidang media itu bermula.

"Kebetulan saya memang gemarkan warna Ungu dan tudung yang saya gayakan ini mendapat inspirasi daripada tema berkenaan.

"Rekaan ini bukan sahaja untuk majlis berkenaan malah akan dijual kepada pelanggan mulai minggu hadapan," jelasnya.

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

Nora Danish Nafi Sambut Hari Jadi di Kelab Malam

|| || ,,, || Leave a komentar
Gambar Nora Danish menyambut hari jadi di sebuah restoran.



Aktres jelita, Nora Danish Mohd. Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish menyangkal dakwaan kononnya dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 di sebuah kelab malam haram yang terletak di Bandar Utama, Selangor.

Sebaliknya, Nora, 32, menegaskan, dia hanya menyambut hari jadinya pada 7 Mac lalu di sebuah restoran di Damansara, Selangor.

“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

“Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan.

“Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-laman sosial,” luahnya.

Respons Nora itu sebagai menjawab pertanyaan mengenai dakwaan dirinya yang dikatakan menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah di Bandar Utama untuk meraikan hari lahirnya pada Sabtu lalu bersama beberapa teman rapatnya.

Ibu kepada seorang anak itu turut dilaporkan sempat meloloskan diri sebaik sahaja pihak berkuasa tempatan menyerbu premis hiburan yang tidak berlesen itu.

Julia Perez Enggan Jejak Kaki ke Malaysia

|| || ,, || Leave a komentar



Aktres seksi Indonesia, Julia Perez masih trauma ekoran kontroversi yang mendakwa dirinya tidak memiliki permit bekerja juga isu perang di Twitter antara dia dan bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi, yang tercetus tahun lalu.

Justeru pelakon yang juga mesra dengan panggilan Jupe ini tidak mahu menjejakkan kaki ke Malaysia kerana khuatir nyawanya akan terancam.

"Saya masih trauma dengan persepsi negatif yang telah dilemparkan terhadap saya ekoran kontroversi lalu. Saya masih trauma di maki pada insiden lalu.

"Disebabkan itu saya tidak mahu datang ke Malaysia, buat masa ini. Saya bimbang akan keselamatan nyawa saya. Saya minta maaf.

"Tapi saya sangat sukakan Malaysia. Saya suka dengan orang-orang Malaysia. Saya seronok sepanjang menjalani penggambaran filem di Malaysia tahu lalu", kata Jupe kepada pihak media ketika di hubungi menerusi telefon sejurus usai sesi previu filem terbaru lakonannya, 'Fobia Malam Pertama'.

Pada bulan Disember tahun lalu, pihak Seniman yang ketika itu dipimpin oleh Zed Zaidi telah menyerbu lokasi penggambaran filem Fobia Malam Pertama arahan Murali Abdullah apabila terdapat dakwaan Jupe yang menjalani penggambaran filem tersebut tidak memiliki permit bekerja.

Dalam masa sama, nama Jupe semakin panas dan menjadi bualan ramai peminat Malaysia ekoran status di Twitternya yang mengkritik kualiti drama Malaysia. Lantas tercetusnya perang di antara dia dan Zed kerana masing-masing saling berbalas dengan kata-kata pedas.

Sementara itu pengarah filem tersebut, Murali Abdullah berkata, beliau memahami keadaan Jupe dan menerima keputusan aktres itu tidak mahu menyertai promosi filem 'Fobia Malam Pertama' di sini.

"Saya memahami keadaan dia. Tidak mengapa kalau dia tiada untuk promosi filem ni.

"Sepanjang mengarahkannya untuk filem ini, Jupe seorang pelakon yang sangat komited dan profesional. Sepatutnya Jupe dijadualkan menjalani penggambaran di sini selama enam hari. Tetapi pada hari ketiga penggambaran, lokasi kami di serbu dan Jupe terpaksa pulang ke Indonesia. Sewaktu dia hendak pulang, dia menangis kerana sedih dengan apa yang berlaku", katanya.

Selain Jupe, 'Fobia Malam Pertama' turut dibintangi oleh Azad Jasmin dan Shafnida Shyuhaimi. Filem terbitan Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn Bhd ini akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 13 Mac ini.



- mD