Jehan Miskin Akan Berkahwin Dengan Gadis Korea Sabtu Ini

|| || ,, || Leave a komentar
Jehan memilih gadis Korea sebagai calon isterinya.

 

PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin akan mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu ini bersama seorang gadis yang berasal dari Korea.

Harian Metro pada Rabu melaporkan, Jehan dan gadis yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berkenalan selama lima tahun.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.

"Saya akan ceritakan segalanya nantio selepas selesai majlis pernikahan," ujarnya.

Dalam pada itu, Jehan berkata, majlis berkenaan akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat.

Malah kata Jehan, majlis akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini," katanya.

Jelas Jehan, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang.