Liyana Manan Enggan Mohon Maaf Pada Hanez Suraya

|| || ,,, || Leave a komentar



Laporan sebuah akhbar tempatan hari ini menyebut, isteri kepada kekasih pelakon Hanez Suraya iaitu Nurliyana Manan enggan memohon maaf secara terbuka kepada aktres itu seperti yang diminta.

“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”, Itu kenyataan balas Liyana Manan yan masih lagi belum bercerai dengan lelaki bergelar Mr. R atau nama sebenarnya Romie Razizan Adilha.

“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,” tambahnya lagi.

Liyana Manan juga berkata, sikap curang suaminya dengan perempuan lain bukan perkara baru dan turut tidak menafikan yang pernah menuntut cerai pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada tahun lalu.

“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,” tambah Liyana Manan yang sudah lapan tahun bergelar isteri kepada Romie Razizan Adilha. -BH