Terkini!! Aidil Zafuan Dan Rita Rudaini Sah Bercerai Talak Satu

|| || ,,,, || Leave a komentar
 Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, ketika hadir di Mahkamah Syariah Rendah Seremban, hari ini bagi mendengar keputusan kes penceraian mereka.



SEREMBAN: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar sah bercerai talak satu dengan pasangannya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di sini, Khamis.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohd Aidil, 26, kepada Rita Rudaini, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan pasangan terbabit berhubung lafaz cerai berkenaan yang berlaku sebelum ini tanpa kebenaran mahkamah.

Terdahulu, semasa dalam prosiding, Mohd Aidil selaku plaintif memberitahu mahkamah bahawa SMS yang dihantar kepada Rita Rudaini sekitar pukul 4 hingga 5 petang itu ditaip sendiri dalam keadaan sedar dan tanpa dipengaruhi sesiapa.

Sementara itu, Rita Rudaini ketika memberi keterangan kepada mahkamah mengaku dan bersetuju dirinya ada menerima SMS berkenaan dan faham maksud yang ingin disampaikan oleh suaminya. Rita mengaku menerima SMS itu dan membalasnya dengan perkataan 'Alhamdulillah' berserta simbol senyum.

"Kedua-dua pasangan juga dikehendaki mendaftarkan perceraian ini di Pejabat Agama Islam Seremban untuk tindakan lanjut," kata Hakim Syarie Hamizan.

Mohd Aidil diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala Datuk Zaidi Mohd Zain pula mewakili Rita Rudaini.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Panas!! Pelakon Adi Putra Disiasat Polis Kerana Skandal Dengan Isteri Orang

|| || ,,, || Leave a komentar
 Adi Putra, 32, didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang.



PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra, 32, didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Khamis, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.

"Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.

"Mereka juga saling menghantar gambar lucah masing-masing dan keadaan itu membuatkan suami wanita tu mengalami tekanan perasaan," kata sumber.

Tambah sumber tersebut, ahli perniagaan yang berusia 56 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru.

Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan suami wanita berkenaan tetapi enggan mendedahkan nama aktor tersebut.

"Pelakon itu juga telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima," katanya.



Sementara itu menurut laman gosip Rotikaya menyebut, Adi Putra dan wanita itu mengaku telah berbalas mesej selain bertukar-tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos yang lalu dengan alasan untuk tujuan suka suka dan mereka tidak pernah berjumpa selama ini.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit gagal dihubungi.

Ada Pihak Cuba Gagalkan Perkahwinan Zain Saidin Dan Rozita Che Wan

|| || ,,,, || Leave a komentar
Zain Saidin dan Rozita Che Wan sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan.



PETALING JAYA: Ketika Zain Saidin sedang berkira-kira tentang hari pernikahannya dengan Rozita Che Wan, aktor kacak itu berhadapan dengan ujian getir apabila ada pihak cuba memburuk-burukkan kekasihnya dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan mereka.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, pihak berkenaan menghasutnya agar membenci Rozita, 40, dengan membuka aib termasuklah bercerita kisah-kisah buruk zaman silam wanita itu.

“Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita macam-macam kisah buruk Cik Ta agar saya menarik balik keputusan saya untuk berumah tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas-lepas,” katanya kepada mStar Online.

Zain diminta komen dugaan yang diterimanya selepas dia dan Rozita membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Sehubungan itu kata Zain, dia sudah berjumpa dengan Rozita bagi membincangkan tuduhan itu dan berpuas hati selepas wanita berkenaan memberikan penjelasan.

Ujar Zain, pada mulanya fikiran dia benar-benar terganggu tetapi mempercayai bakal isterinya itu selepas Rozita menjelaskan tohmahan berkenaan adalah fitnah sama sekali.

“Saya tanya Cik Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai isteri,” ujar Zain.

Ditanya bagaimanakah persiapan perkahwinan mereka itu Zain berkata, ia diserahkan kepada Rozita untuk menguruskannya selepas melantik seorang perunding perkahwinan bagi hal berkenaan.

Dalam pada itu Zain berkata, hasrat untuk berumah tangga seolah-olahlah dipermudahkan Allah selepas dia memohon doa ketika menyertai misi ke Gaza, Palestin pada Disember tahun lalu.

Katanya, semasa di negara itu dia banyak berdoa, melakukan zikir selain banyak menghiburkan hati kanak-kanak yang berhadapan dengan peperangan.

“Saya berdoa agar jodoh saya dipermudahkan kerana hati saya benar-benar terbuka untuk berkahwin. Selepas balik dari Palestin itu, saya bersyukur kerana rezeki saya tidak putus-putus mungkin kerana niat baik saya itu,” katanya.

Zain berkata, dia merancang untuk menunaikan umrah di Mekah bersama Rozita selepas kedua-dua mereka bergelar suami-isteri nanti.

Oleh NIEZAM ABDULLAH


Pelakon Fida Ibrahim Dimaki Hamun Peminat Kerana Berpakaian Ketat

|| || ,, || Leave a komentar
Inilah gambar kontroversi yang dimuatnaik oleh Fida di laman Instagram.




   

Nampaknya memang laman Instagram menjadi tempat terbaik untuk peminat melahirkan segala macam kutukan, kritikan dan makian kepada selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.

Terbaru, penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim telah dikecam hebat oleh sesetengah pengikutnya di laman perkongsian gambar popular itu apabila dia mengenakan pakaian ketat dalam sebuah sesi 'photoshoot'.

Dengan berpakaian gaun berwarna silver dan turban hitam, pakaiannya itu dilihat tidak selaras tuntutan menurut aurat dalam Islam.

Bagi penulis, tak salah sekiranya hendak memberi sebarang komen, tetapi bahasa yang digunakan haruslah sopan dan bertertib kerana masyarakat di sini memang terkenal dengan ketinggian budi bahasa yang menjadi budaya kita.

Jadi, apa salahnya gunakan bahasa yang lebih elok dan sopan supaya si artis itu tidak tersinggung dengan komen anda kan.

Dan diharapkan Fida dapat belajar sesuatu daripada perkara ini supaya dirinya tidak lagi menjadi mangsa cemuhan peminat di luar sana.

Gambar-Gambar Majlis Persandingan Abby Abadi Dan Farhan

|| || ,,, || Leave a komentar


   

Seperti yang diketahui semua, pelakon Abby Abadi sudah pun bergelar isteri semula apabila mendirikan perkahwinan kali kedua dengan jejaka 12 tahun muda daripadanya, dua bulan lalu.

Terbaru, Abby mengadakan majlis persandingannya dengan Farhan yang bertempat di Melawati.

Di bawah ini penulis kongsikan gambar persandingan kedua mempelai buat tatapan pembaca.

Perkenalan Abby, 36, dan Farhan dikatakan bermula di sebuah kedai dan dari situ hubungan mereka mula terjalin mesra.

Malah kini suaminya itu turut membantu Abby di butik muslimahnya yang terletak di Taman Melawati.

Semoga perkahwinan Abby kali ini akan kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.








Oleh: AUDREY LEE

Foto: Media Hiburan