Tahniah!! Fasha Sandha & Jejai Dapat Anak Lelaki

|| || ,,, || Leave a komentar
Fasha memangku anak sulungnya yang dinamakan Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram selepas bersalin pada awal pagi ini. 

 
Kuala Lumpur: “Inilah saat terindah dalam hidup kami berdua dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami. Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini,” kata aktres terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan, 29, ketika mengulas kelahiran buah hati sulungnya, jam 9.21 pagi semalam.

Bayi yang dinamakan Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram lahir melalui pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Fasha yang ditemani suami, ahli perniagaan juga pelumba kereta, Toh Muda Rizal Ashram Ramli itu bagaimanapun tidak mampu mengulas lanjut kerana keadaannya yang masih lemah di hospital.

Suami kepada aktres itu, Rizal Ashram turut mengesahkan berita berkenaan di laman Twitternya dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.
“Saya bersyukur saat melihat Rayfal sempurna dilahirkan dan isteri juga selamat.
 
"Bayi lelaki telah dilahirkan. Seorang lagi untuk keluarga kecil kami. Isteri dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur kepada Allah," tulisnya dalam satu entri di Twitter.



Entri Rizal di Twitter tentang kelahiran bayinya.


Fasha dan Rizal berkahwin dalam satu majlis sederhana pada 27 April tahun lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Rizal atau lebih mesra dengan sapaan Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia empat tahun.