Tampilkan postingan dengan label Artis Bollywood. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Artis Bollywood. Tampilkan semua postingan

Hrithik Roshan Dan Isteri Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

|| || ,,, || Leave a komentar
Hrithik dan Sussane masih lagi baik demi anak-anak mereka.


MESKIPUN sudah berpisah, hubungan Hrithik Roshan dengan isterinya, Sussane masih lagi baik terutamanya apabila berkaitan dengan urusan anak, kedua-duanya bersikap seolah-olah tiada masalah di antara mereka.

Menurut laporan apunkachoice.com, Hrithik dan Sussane sama-sama telah meraikan hari jadi anak sulung mereka, Hrehaan Roshan yang ketujuh tahun.





 Gambar Hrithik Roshan bersama anak-anaknya.


"Majlis hari jadi itu bertemanakan taman dan semua itu dianjurkan sendiri oleh Sussane dan Hrithik," kata sumber.

Walaupun Hrithik dan Sussane tidak lagi duduk serumah, namun pasangan itu belum bercerai secara rasmi.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Hridhaan, berumur lima tahun.

Pelakon Sanjay Dutt Dihukum Penjara Lima Tahun

|| || ,, || Leave a komentar
Gambar Sanjay Dutt diiringi oleh anggota polis semasa hadir perbicaraan di Mahkamah.




NEW DELHI - Mahkamah Agung India semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bintang Bollywood, Sanjay Dutt.

Dutt didapati bersalah kerana menyimpan sejumlah senjata api milik kumpulan penjenayah yang terbabit dalam siri serangan bom terburuk di India pada tahun 1993.

Sebelum ini, aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu pernah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan.

"Dia akan menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan enam bulan lagi. Kami akan menunggu salinan penghakiman mahkamah dan kemudian memutuskan tindakan yang selanjutnya," kata peguam Dutt, Satish Maneshinde.

Pada tahun 2007, Dutt dibebaskan daripada terlibat dalam satu siri serangan bom itu.

Bagaimanapun, dia didapati bersalah kerana memiliki sepucuk raifal AK-56 dan pistol.



Sanjay Dutt mulanya dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas tuduhan memiliki sepucuk raifal automatik dan pistol yang diberikan kepadanya oleh sekumpulan lelaki yang kemudiannya didapati bersalah kerana terbabit dalam beberapa siri serangan bom di Mumbai.

Pelakon itu bertegas menyatakan dia tidak tahu menahu mengenai rancangan pengeboman itu dan meminta senjata itu untuk melindungi keluarga selepas menerima ancaman ketika rusuhan kaum di Mumbai. Ibu Dutt beragama Islam sementara bapanya, Hindu.

Dia menjalani hukuman penjara 18 bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada 2007 sementara menanti keputusan rayuan. Ini bermakna dia masih mempunyai baki tiga setengah tahun untuk menjalani hukuman itu.

Aktor yang berusia 53 tahun itu kini menjalani pengambaran filem terbaharunya, Policegiri.

Dutt yang merupakan anak pasangan legenda Bollywood, Sunil dan Nargis Dutt berkahwin dengan kekasih lamanya, Manyata pada Februari 2008.

Dia dikurniakan anak kembar dan seorang anak perempuan, Trishala daripada perkahwinan pertamanya.

Pelakon itu tidak berada di mahkamah ketika keputusan tersebut diumumkan.

Adik Dutt, Priya yang merupakan seorang ahli parlimen kecewa dengan keputusan itu.

Priya enggan bercakap dengan pemberita selepas dia keluar dari mahkamah. - Agensi

Salman Khan Hadapi Tuduhan Membunuh

|| || , || Leave a komentar
Salman Khan


 

MUMBAI: Aktor Bollywood, Salman Khan menghadapi tuduhan cubaan membunuh kerana terlibat dengan kemalangan maut dalam kejadian lebih sepuluh tahun lalu.

Jika sabit kesalahan aktor itu berhadapan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga sepuluh tahun.

Peguam kepada Salman iaitu Deepesh Mehta berkata, mahkamah telah menerima permohonan pihak pendakwa untuk mendakwa Salman kerana membunuh dan bukannya kes menyebabkan kematian kerana kecuaian yang hanya memperuntukan penjara maksimum selama dua tahun.

Dalam kejadian pada September 2002, seorang lelaki terbunbuh sementara tiga lagi cedera apabila Salman didakwa merempuh keretanya ke dalam kumpulan orang gelandangan yang tidur sekitar kaki lima di Bombay.

Perbicaraan kes tersebut akan diadakan pada 31 Mac ini selepas sekian lama tertunda di mahkamah India yang terkenal dengan kes-kes tertangguh. - AP

Hrithik Roshan Dinobat Sebagai Lelaki Asia Paling Seksi!

|| || , || Leave a komentar

 Hrithik Roshan




Hrithik Roshan dinobatkan sebagai Lelaki Asia Paling Seksi menerusi Anugerah Hit Agneepah, di London.

Aktor yang berusia 38 tahun ini, bagaimanapun meluahkan rasa agak malu ketika menerima anugerah tersebut. 

“Apa sekalipun, saya tetap menghargai dan bersyukur dengan anugerah yang diterima.

“Anugerah ini juga, sekurang-kurangnya dapat menaikkan nama industri perfileman India di persada dunia,” katanya.

Pelakon Dan Penyanyi,Sheryln Chopra Tampil Berbogel Dalam Majalah 'Playboy'

|| || ,, || Leave a komentar



Model, pelakon dan penyanyi, Sheryln Chopra menimbulkan kontroversi hangat apabila dia tampil berbogel bagi kulit majalah Playboy, baru-baru ini.

Sheryln Chopra menjadi orang pertama dari India yang muncul sebagai penghias kulit majalah yang cukup sensasi itu.

Menerusi Murai.com, Sheryln memberitahu gambar bogelnya itu akan muncul pada hujung tahun ini atau paling lewat awal tahun depan.



Sheryln Chopra bersama Boss 'Playboy' Hugh Hefner




“Ramai yang tanya saya, bila gambar bogel saya itu akan muncul dalam Playboy.

“Saya diberitahu bahawa ia mungkin akan muncul sekitar penghujung 2012 atau pun awal 2013.

“Tak tahu bila tarikh sebenarnya, tapi tunggu sajalah,” katanya.








Tambahnya, dia menganggap peluang untuk muncul di majalah Playboy ada penghormatan terbesar buat dirinya.

Nampaknya, Sherlyn bakal mengikuti jejak langgah beberapa artis Hollywood seperti Charlize Theron, Marilyn Monroe, Drew Barrymore dan ramai lagi yang telah bergambar bogel untuk majalah berken
aan.

Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor Sah Bergelar Suami Isteri

|| || ,,, || Leave a komentar
Gambar pertama Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor selepas secara rasmi bergelar pasangan suami isteri setelah melangsungkan perkahwinan mereka, semalam.

MUMBAI - Bintang utama Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor melangsungkan perkahwinan mereka, yang dilaporkan dinanti-nantikan dalam dunia filem India, hari ini.

Perkahwinan pasangan itu, yang berkenalan sejak lima tahun lalu, telah didaftarkan di rumah Saif Ali di Bandra di sini, petang semalam.

Laporan media menyebut kawan rapat dan anggota keluarga menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Sebaik sahaja ucapara perkahwinan berakhir, kedua-dua Saif Ali dan Kareena muncul di luar rumah sambi melambai ke arah peminat masing-masing.

Parti perkahwinan diadakan di hotel Taj Mahal Palace.

Saif Ali merupakan anak kepada bekas kapten pasukan kriket Mansur Ali Khan Pataudi dan Sharmila Tagore, yang juga bekas aktres.

Kareena, 32, pula merupakan cucu pelakon dan penerbit filem Raj Kapoor dan anak saudara kepada pelakon Rishi Kapoor.

Kedua-dua ibu bapa dan kakak Kareena juga berkecimpung dalam dunia filem.

"Ia majlis perkahwinan yang diadakan secara pendaftaran dengan tiga saksi iaitu bapa Kareena, Randhir Kapoor, ibunya Babita dan ibu Saif Ali, Sharmila Tagore," lapor Press Trust of India yang memetik Pendaftar Perkahwinan, Surekha Ramesh.

Rishi berkata, majlis resepsi akan diadakan Delhi dalam waktu terdekat.

Pasangan itu meminta agar pendaftaran diadakan di rumah mereka dan dikenakan caj.

Saif Ali, 42, pernah berkahwin dengan aktres Amrita Singh dan mempunyai dua anak yang sudah pun remaja manakala bagi Kareena, ini adalah perkahwinan yang pertama.

Saif Ali telah berlakon lebih 40 filem manakala Kareena pula sekitar 50 filem.