Tampilkan postingan dengan label Dewi Persik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Dewi Persik. Tampilkan semua postingan

Julia Perez Mula Menjalani Hukuman Penjara

|| || ,,, || Leave a komentar
Julia Perez (kiri) dan Dewi Persik

 
JAKARTA — Penyanyi dangdut dan pelakon Julia Perez pada
Selasa menjalani hukuman penjara tiga bulan di Penjara Pondok Bambu di sini kerana kesalahan mencederakan rakan artis, Dewi Persik.

Artis seksi yang popular dengan nama Jupe itu dilihat mengenakan pendakap leher ketika dibawa ke penjara itu tengah hari ini dari Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur, di mana beliau ditempatkan sementara sejak malam tadi.

Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rahmawati, dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya dari kediamannya di kawasan perumahan Raffles Hills Cluster Spring, Cibubur, Jakarta Timur, malam tadi.

Artis kontroversi itu sebelum ini dua kali gagal menyerah diri ke pejabat itu pada 14 Feb dan 25 Feb lalu untuk menjalani hukumannya.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan penyanyi dangdut Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Dewi Persik yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana terlibat dalam pergaduhan itu, belum lagi menjalani hukumannya. — BERNAMA


Julia Perez Dipenjarakan 3 Bulan Kerana Bergaduh

|| || ,,, || Leave a komentar


Jupe (berbaju kuning) bakal dipenjarakan selama tiga bulan kerana didapati bersalah dalam kes pergaduhan bersama Dewi Perssik pada November 2010.

JAKARTA: Keputusan Mahkamah Agung di sini pada Jumaat menetapkan aktres seksi Julia Perez (Jupe) dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan dalam waktu terdekat susulan kes pergaduhannya dengan aktres Dewi Perssik pada November 2010.

“Keputusan perbicaraan menetapkan hukuman penjara tiga bulan. Hakim juga memerintahkan tertuduh (Jupe) segera dipenjarakan,” ujar seorang sumber di mahkamah berkenaan ketika dihubungi Kapanlagi di sini, Jumaat.

Kes perbicaraan di antara dua penyanyi dangdut ini bermula ketika mereka menjalani penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada November 2010.

Difahamhkan Dewi memfailkan kes ke atas Jupe selepas mereka bergaduh di set penggambaran filem itu.

Dalam keputusan itu, ketua hakim Dr Artidjo Alkostar dan dua hakim anggota Prof Gayus Lumbuun dan Dr Salman Luthan mendapati Jupe bersalah kerana bertindak kasar dan melakukan penganiayaan ke atas pasangan pelakonnya Dewi Perssik ketika penggambaran filem terbabit.

“Ketiga-tiga hakim memutuskan tertuduh (Jupe) bersalah. Keputusan itu diambil sebulat suara tanpa ada sebarang percanggahan atau perbezaan pendapat,” ujar sumber itu lagi.