Tampilkan postingan dengan label Selena Gomez. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Selena Gomez. Tampilkan semua postingan

Kisah Cinta,Kontroversi Dan Populariti Bintang Sensasi Selena Gomez

|| || ,,, || Leave a komentar
Selena Gomez




BINTANG remaja sensasi Hollywood, Selena Gomez pernah dikecam hebat gara-gara mengecat seekor kuda dengan warna merah jambu untuk penggambaran klip video single, Love You Like A Love Song dua tahun lalu.

Kemudian, kisah cintanya dengan ikon global kelahiran Kanada, Justin Bieber memonopoli keseluruhan kariernya dan menutup segala khilaf terdahulu.

Tahun ini, menerusi single terbaharunya yang berjudul Come & Get It, Selena, 20, memberikan tamparan hebat kepada masyarakat beragama Hindu. Semuanya gara-gara dia memakai bindi sebagai aksesori pada dahinya ketika membuat persembahan.

Situasi yang mencetuskan kemarahan itu disuarakan oleh wakil Persatuan Vedanta (kuil Hindu) California Selatan, Douglas Overton Blue yang menyifatkan tindakan Selena itu sebagai tidak sopan dan tidak menghormati agama tersebut.

Biarpun pemakaian bindi melambangkan metafora dan makna yang mendalam, kata Douglas , bindi sebenarnya dipakai oleh wanita yang telah berkahwin sebagai simbol mengagungkan suaminya seumpama dewa.

Selena bagaimanapun tidak mengendahkan teguran itu dan telah memakai aksesori itu sebanyak empat kali iaitu ketika membuat persembahan iaitu di pentas MTV Movie Awards 2013 dan Dancing with the Stars selain ketika muncul dalam program bual bicara Late Show with David Letterman dan Ellen DeGeneres Show hujung bulan April lalu.

Dia bagaimanapun ada pandangan tersendiri tentang isu tersebut.

"Saya fikir lagu ini mempunyai elemen Hindu, sangat etnik dan saya mahu menterjemahkannya dengan cara saya sendiri. Saya turut belajar mengenai cakra, bindi dan budaya masyarakat tersebut. Ia adalah menakjubkan!" tegas Selena.

Drama cinta

Berbanding kontroversi tersebut yang dianggap Selena sekadar rencah dunia seni dan hanya dipandang sebelah mata, episod cintanya bersama pelantun lagu As Long As You Love Me, Justin Bieber menjadi fokus umum.



SELENA mengakui dia bukan pelajar popular ketika di zaman persekolahan.
 

Bibit cinta antara Selena dan Justin bermula awal tahun 2011 apabila kedua-duanya hadir bersama ketika parti Vanity Fair Oscar.

Cukup dua tahun bersama, mereka putus dan membawa haluan masing-masing. Belum pun cukup sebulan berpisah, ikon pasangan remaja itu kembali bersatu menerusi pertemuan romantik di Los Angeles memutuskan kembali hubungan cinta mereka pada bulan Januari.

Pada penghujung April lalu Selena dan Justin dilaporkan kembali bersatu menerusi bantuan seorang paderi merangkap teman rapat Justin iaitu Judah Smith di Oslo, Norway.

Terlampau banyak drama dan gelora luar biasa yang melanda hubungan Selena dan Justin dalam usia yang masih muda adalah satu petanda bahawa mereka tidak sepatutnya ditakdirkan bersama.

Menyentuh tentang sejauh manakah perasaan dirinya terhadap Justin, ujar Selena, ia tiada bandingan.

"Saya cintakan Justin. Apabila kali pertama bertemunya saya merasakan dia seorang jejaka yang baik. Dia juga seorang yang romantik!" jelas Selena.

Pelbagai perspektif timbul rentetan daripada jalinan semula cinta Selena dan Justin.

Ada yang menyifatkan Selena kesunyian selepas perpisahannya dengan Justin. Malah, terdapat juga spekulasi ia adalah hasil nasihat daripada Judah Smith.

Tak popular

Berkongsi cerita mengenai populariti yang diraih sejak pertama kali membintangi siri kanak-kanak Barnie & Friends pada tahun 2001, kata Selena dia asalnya bukan seorang pelajar yang popular di sekolah.



BERCINTA, putus dan kini cinta kembali bertaut. Perjalanan cinta Selena dan Justin meraih perhatian dunia.

 

"Saya tidak pernah merasai erti populariti ketika di sekolah. Saya ada dua orang kawan baik tapi masa saya kebanyakannya dihabiskan dengan membuat kerja sekolah.

"Zaman persekolahan adalah waktu paling aneh dalam hidup saya. Tidak pernah sekali pun saya merasa yakin apabila menjejakkan kaki ke sekolah.

"Bagaimanapun, tiada seorang pun yang berani membuli saya kerana sepupu saya merupakan ketua pasukan sorak," katanya yang pernah menyimpan perasaan cinta terhadap seorang pelajar lelaki di sekolahnya.

Menyentuh tentang dirinya yang berkecimpung dalam industri hiburan di Hollywood, ternyata tidak mudah buat dirinya untuk berhadapan dengan pancaroba dunia penuh glamor itu.

Bagi dirinya, walau ramai individu sekeliling yang cuba menjatuhkannya, pengalaman mengajar erti hidup.

"Banyak penolakan dalam industri ini dan ia sangat sukar. Kadangkala rasa sangat penat melawan halangan tapi apabila kita melakukan perkara yang disukai, semuanya menjadi senang.

"Saya bernasib baik kerana mendapat banyak sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Saya dikurniakan kesihatan, keluarga penyayang dan peminat yang menyokong saya.

"Pastinya saya akan terus positif," tambah anak kepada pasangan Amanda Cornett dan Ricardo Gomez itu.


Rakan-Rakan Tidak Bersetuju Selena Gomez Kembali Bersama Justin Bieber

|| || ,,, || Leave a komentar


 
Selepas menghabiskan hujung minggu yang romantik di Sweden, Selena dan Justin masing-masing perlu mengucapkan selamat tinggal.Selena Gomez dan Justin Bieber berjumpa semula bagi menghabiskan hujung minggu yang romantik bersama di Stockholm, Sweden pada 18 April lalu tetapi disebabkan oleh bebanan kerja, mereka berdua terpaksa berpisah setelah beberapa hari bersama.

Pada 23 April lalu, Selena telah memuat naik tweet “I’m in NY and taking over the @SiriusXMHits1 Twitter handle tomorrow at 12:30nET/9:30aPT. Tweet me questions with #AskSelena!”. Sewaktu tweet tersebut dimuat naik, Justin pada masa itu masih berada di Stockholm kerana dia perlu membuat persembahan pada 23 dan 24 April.

Selepas itu, Justin akan meneruskan perjalanan ke Finland, Rusia, Turki dan beberapa negara Timur Tengah.Manakala, Selena pula sibuk membuat persiapan “Stars Dance Tour 2013″ yang akan berlangsung pada 14 Ogos akan datang di Vancouver, Canada.
Menurut sumber dalaman HollywoodLife.com, sebab utama kenapa Selena kembali semula bersama Justin kerana “dia berasa sunyi”.

Dalam pada itu, HollywoodLife.com melaporkan sebelum ini bahawa rakan-rakan Selena tidak bersetuju dengan keputusan Selena untuk kembali semula bersama Justin.
Malah, rakan-rakan Selena juga meminta supaya dia menjauhkan diri daripada Justin.

“Rakan-rakan Selena takut jika dia memberi peluang kedua kepada Bieber. Mereka sudah untuk memberi amaran kepada Selena bahawa Justin bukanlah lelaki yang baik untuknya dan dia perlu jauh daripada Bieber.

“Tetapi Selena suka dengan layanan dan perhatian yang diberikan oleh Justin kepadanya,” memetik sumber Radar Online.Adakah Selena membuat keputusan yang salah? Sama-sama kita nantikan apa yang bakal terjadi dengan pasangan merpati muda ini.


Selena Gomez Tertawa Mendengar Gosip-Gosip Liar Justin Bieber

|| || ,,, || Leave a komentar
 Selena Gomez dan Justin Bieber ketika masih bercinta.



BEKAS kekasih Justin Bieber iaitu Selena Gomez, 20, hanya mampu tertawa mendengar gosip-gosip liar yang menimpa penyanyi lagu Baby itu.

Selena tidak sedikit pun berasa prihatin dan kasihan terhadap Justin.

Menurut Contact Music pada Isnin, bekas bintang Disney itu tertawa melihat perilaku tidak matang yang dilakukan oleh Justin.

"Selena ketika melihat Justin di televisyen, dia hanya ketawa dan ketawa. Dia tidak mahu terus berperanan sebagai kekasih lelaki itu. Malah dia bebas dan menikmati usia remajanya bersama-sama teman-temannya," menurut sumber.

Tambahnya, Selena semakin muak dengan perangai kebudak-budakan Justin dan menyedari penyanyi berusia 19 tahun itu hanya menyusahkan hidupnya selama ini.

Selena kini lebih memilih lelaki berusia untuk dijadikan teman hidup berbanding lelaki muda seperti Justin.

Selena Gomez Bersumpah Tinggalkan Justin Bieber

|| || ,,, || Leave a komentar
Justin Bieber (kiri) dan Selena Gomez.


HUBUNGAN pasangan muda Justin Bieber dan Selena Gomez dikhabarkan kembali putus cinta baru-baru ini.

Namun Selena telah membuat keputusan untuk tidak memaafkan penyanyi yang menjadi kegilaan wanita di luar sana.

Menurut laporan portal Digital Spy, Selena telah bersumpah tidak akan kembali kepada bekas kekasihnya itu selepas melalui pergaduhan besar beberapa hari lalu.

"Mereka bertengkar lagi dan Selena tidak akan memaafkan kekasihnya itu. Hubungan mereka kali ini benar-benar berakhir," kata sumber.

Sumber lain pula memberitahu bahawa bintang Disney itu menganggap Justin mempunyai sifat yang buruk dan atas alasan itu Selena membuat keputusan untuk penyanyi berusia 18 tahun itu.

"Justin masih lagi tidak boleh menerima perpisahan tersebut selepas kejadian serupa berlaku sebelum ini.

"Mungkin kerana itu juga Justin mula mengambil dadah jenis ganja untuk mengurangkan keresahannya," kata sumber itu.

Justin Bieber Dan Selena Gomez Sah Berpisah

|| || ,,, || Leave a komentar
Tinggal kenangan... hubungan Bieber (kanan) dan Gomez berakhir pada minggu lalu.

HUBUNGAN pasangan kekasih remaja sensasi Justin Bieber dan Selena Gomez disahkan berakhir pada minggu lalu.

Menurut laporan portal hiburan E! News, pasangan yang mula mendedahkan hubungan mereka pada Februari 2011 itu difahamkan berpisah pada minggu lalu selepas beberapa kali dikhabarkan putus sebelum ini.

“Mereka berpisah pada minggu lalu. Jadual kerja yang padat menyulitkan keadaan untuk mengekalkan hubungan mereka,” kata seorang sumber kepada portal itu.

Berita perpisahan itu timbul susulan desas-desus yang mendakwa Bieber dilihat keluar bersama dengan peragawati Victoria’s Secret, Barbara Palvin di New York pada awal minggu ini.

Bieber dan Palvin dilihat bersama selepas penyanyi itu mengadakan persembahan pada pertunjukan fesyen jenama itu di bandar raya berkenaan pada Rabu lalu.



Bieber dilihat keluar menonton teater berduaan dengan peragawati Barbara Palvin pada awal minggu ini.
Mereka kemudiannya dilihat bermesraan ketika menonton pementasan teater Lion King di Broadway.

Berita perpisahan dua bintang itu dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan kerana Bieber pernah mendedahkan sebelum ini dia tidak akan pergi ke mana-mana tanpa ditemani Gomez.

“Saya tidak akan berpisah dengan Selena kerana saya tidak mahu dia beranggapan saya berasa malu ketika bersamanya.

“Saya percaya ramai lelaki mempunyai perasaan begitu, terutamanya apabila membabitkan urusan kerja.

"Mereka tidak mahu dilihat bersama kekasih, jadi mereka membuat keputusan untuk hadir pada sesuatu acara secara berasingan. Namun, saya dan Selena melakukan apa sahaja bersama,” katanya.

Sikap Ambil Berat Punca Justin Bieber Sayang Selena Gomez

|| || ,,, || Leave a komentar
Justin Bieber dan kekasihnya Selena Gomez.


LOS ANGELES: Sikap mengambil berat dan pendengar setia yang dimiliki penyanyi dan pelakon Selena Gomez merupakan dua ciri utama yang membuatkan penyanyi Justin Bieber semakin menyayangi kekasihnya itu.

Bieber berkata, dia mengagumi kasih sayang dan tumpuan yang diberikan Gomez kepadanya langsung tidak pernah berkurangan selepas dua tahun mereka menjalin hubungan.

“Saya tertarik pada individu yang mampu menjadi pendengar yang baik, yang selalu ada untuk saya dan memerhatikan apa yang saya katakan.

“Hakikatnya, saya ini jenis orang yang penuh dengan kasih sayang dan memerlukan pasangan yang juga penuh kasih sayang seperti Selena,” katanya seperti dilaporkan Contactmusic.

Selain faktor personaliti Gomez, Bieber tidak menyangkal dia mengagumi kecantikan gadis berusia 20 tahun itu. Katanya, gadis yang cantik dan menawan adalah idaman setiap lelaki.