Tampilkan postingan dengan label Tasha Shilla. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tasha Shilla. Tampilkan semua postingan

Tasha Shilla Tidak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Datuk J

|| || ,, || Leave a komentar


SATU persatu kontroversi muncul mengaitkan pelakon sensasi, Tasha Shilla dengan Datuk J. Walaupun Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, sudah banyak kali menafikan perkara itu, tetapi pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 itu terus dihimpit dengan isu yang sama.

Terkini, Tasha dikatakan terpilih sebagai duta kempen fesyen I Love Malaysian Designers anjuran syarikat milik Datuk J.

"Hentikanlah kaitkan Tasha dengan Datuk J. Tasha tidak mahu lagi komen tentang dia sebab Tasha sendiri tidak tahu Datuk J mana yang dimaksudkan itu. Kalau betul Datuk J itu wujud, Tasha sendiri pun teringin mahu jumpa dengan dia.

"Tasha tidak faham kenapa diri ini sering dikaitkan dengan Datuk J. Tidak cukup dengan isu ditaja kereta mewah oleh Datuk J, berparti dan menari tiang dengan lelaki itu, terbaru Tasha dikaitkan pula dengan pemilihan sebagai duta kempen I Love Malaysian Designers kononnya anjuran syarikat milik lelaki tersebut," jelasnya.

Menegaskan kempen tersebut bukan anjuran syarikat milik Datuk J, jelas Tasha, ia dianjurkan oleh Brew & Skittles yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mutiara Bahir.

Mengenai kereta mewah itu juga, jelas Tasha, ia bukan ditaja oleh sesiapa tetapi dia membelinya dengan duit sendiri melalui bantuan ibu saudaranya.

"Selepas ini, kalau saya beli rumah, jangan kaitkan lagi dengan tajaan Datuk J," ujarnya sinis.

Mengakui cukup kecewa dan sedih dengan semua kontroversi yang telah melanda dirinya, luah Tasha, dia berusaha keras untuk mengecapi segala apa yang diperolehnya pada hari ini dan ia bukan hasil tajaan mana-mana individu.

"Walaupun Tasha kelihatan tenang tetapi sebenarnya Tasha sedih dengan kontroversi yang melanda diri. Selama ini, Tasha tidak melenting dan orang berterusan mengaitkan Tasha dengan Datuk J.

"Tahap kesabaran kita pun ada batasnya. Jika kontroversi masih lagi menghimpit, Tasha mungkin tidak lagi akan bersabar," ujarnya seolah-olah mengeluarkan amaran.

Tasha memohon, agar kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan Datuk J tidak lagi diungkit mahupun diperbesar-besarkan kerana ia turut mengaitkan keluarganya.

"Tasha kasihan dengan keluarga terutamanya ayah. Dia terpaksa berhadapan dengan tanggapan negatif daripada orang sekeliling. Tasha tidak mahu lagi timbul isu dengan Datuk J. Tasha hanya mahu fokus terhadap kerjaya," ujarnya.

Mengakui mempunyai ramai kawan, kata Tasha, dia kini masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

"Bila orang sering mengaitkan Tasha dengan Datuk J, mungkin sebab itu tiada lelaki yang berani mendekati diri ini," seloroh Tasha.

Strategi raih undi

Kejayaan Tasha menggenggam trofi Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2012 sebelum ini ditohmah kononnya mendapat bantuan daripada Datuk J yang membeli undi.


TASHA menegaskan dia sendiri tidak mengetahui siapakah gerangan Datuk J yang sering digosip menjalinkan skandal dengan dirinya.

Terkini, kemenangannya pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 untuk kategori Heroin Baru Terhebat pula didakwa pula hasil bantuan pengurusnya.

Khabarnya, pengurus Tasha yang hanya mahu dikenali sebagai Embun itu sanggup ke hulu dan ke hilir meraih dan meminta orang ramai mengundi artisnya itu.

Jelas Embun: "Benda ini (raih undi) sebenarnya strategi untuk membantu Tasha menang. Saya bukan berjumpa dengan orang yang tidak dikenali untuk meraih undi sebaliknya bertemu rakan-rakan saya dan Tasha.

"Tasha tidak diberitahu pun akan hal ini. Selepas usaha itu selesai, baru saya beritahu Tasha. Saya ingat Tasha akan marah, tetapi rupa-rupanya dia tidak kisah pun."

Mengulas perkara itu, Tasha menganggap pengurusnya itu seperti keluarga. Segala tindakan yang Embun lakukan untuk dirinya akan diterimanya dengan terbuka.

"Sebenarnya kemenangan Tasha adalah rezeki. Tasha rasa bersyukur," akuinya.

Tasha Shilla Berparti Sakan Dengan Datuk J

|| || ,, || Leave a komentar


KALAU Izara bergelek untuk lulus peperiksaan, lain pula halnya dengan pelakon popular yang baru-baru ini menjadi perhatian di sebuah kelab hiburan di ibu kota.

Dalam samar-samar, kalau sudah namanya Tasha Shilla, siapa pun boleh kenal.

Kata sumber bertauliah yang dilatih khas untuk jadi sumber gosip, Tasha bersama rakan-rakan singgah untuk cuci mata di sebuah kelab, malam minggu lalu. Bukan main Tasha bergembira bersama beberapa temannya, termasuklah wanita dan lelaki.

"Tengok punya tengok pun, aku nampak seorang lelaki yang memang tak syak lagi itulah lelaki bergelar Datuk J. Datuk tu memang terkenal kat sini, semua orang kenal dia. kalau pergi situ mesti mejanya betul-betul mengadap pentas," beritahu sumber Diva itu menerusi BBM.

Nak sahaja minta sumber berkenaan rakam aksi Tasha untuk jadi bahan bukti, tapi cuaca di kelab malam, faham-faham sahajalah. Satu lagi, kalau sudah datang berparti ramai-ramai, macam-macam jenama air terhidang ada atas meja. Dengarnya, bukan teh susu atau kopi-O yang menjadi penghilang dahaga di bar.

Kata sumber yang sempat lagi buat siasatan itu, malam itu Tasha seronok bukan kepalang sebab baru pulang daripada berbelanja barangan mewah di pusat beli-belah terkemuka di jalan penuh bintang bersama Datuk J itu.

Bahagianya Tasha, cuma hati-hatilah sikit. Memang niat nak berhibur dan berkawan-kawan itu okey tapi kalau terlalu jujur pun orang pelik juga.


Kredit: Sumber