Anne Ngasri sedang disarungkan cincin oleh tunangnya,Mohd. Sumali Reduan.
Anne Ngasri kini sudah bergelar tunangan orang.
KUALA LUMPUR – Walaupun masih lagi baru memutuskan hubungan percintaannya dengan penyanyi dari Singapura, pelakon wanita, Anne Ngasri dikhabarkan sudah pun mengikat tali pertunangan hari ini.
Lelaki pilihan hati Anne itu ialah Mohd. Sumali Reduan iaitu seorang ahli politik yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia yang berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.Hubungan cinta mereka itu telah direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
“Majlis pertunangan ini diadakan hanya membabitkan ahli keluarga kami saja.
“Cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang,” kata Anne.
Majlis pertunangannya telah berlangsung di sebelah pagi pada hari Ahad lepas di kediaman keluarganya, Jalan Ipoh dekat sini.
Majlis pertunangannya itu dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada kedua-dua belah pihak keluarga dan pasangan itu bakal bernikah pada Disember ini.
“Kami bertunang pada 11 November dan InsyaAllah bila hendak berkahwin nanti, saya akan undang rakan-rakan media untuk bersama-sama meraikan hari bahagia saya itu.
“Kalau tiada aral, Disember ini menjadi pilihan kami untuk bernikah,” kata Anne.
Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan tiga cahayamata iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.
Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, kehadiran lelaki berusia 40 tahun itu dianggap sebagai satu anugerah daripada Tuhan apabila dia memulakan langkah bertemu keluarga Anne untuk meminangnya.
"Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja.
"Entah kenapa, selepas putus (dengan Aliff), kami lebih rapat sejak sebulan yang lalu dan apabila dia melamar, saya terima dia lebih-lebih lagi melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Mungkin kami saling menepati antara satu sama lain.
"Saya pun tidak pernah menolak jodoh dan menganggap Aliff mungkin bukan jodoh saya. Diharap, tiada yang memberi persepsi negatif dengan perhubungan baru ini walaupun kehadirannya dalam hidup saya datang terlalu cepat," katanya.
Semoga ikatan ini akan sampai ke jinjang pelamin.
Tak kisahlah siapa pun, kerja apa pun, parti mana sekali pun, yang penting Anne bahagia setelah agak lama juga menjadi ‘solo’.
Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua demi kebahagiaan anak-anak mereka.
Tahniah!