Apex Dan Leuiney Berdebar Menanti Tarikh 28 Disember

|| || ,,,, || Leave a komentar
Apex bersama Luniey.  

KUALA LUMPUR - Kemenangan skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nanti akan menjadi hadiah yang amat bermakna kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 Dis nanti.
  
Pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
  
Khairul Fahmi berkata walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula, pada Ahad ini, namum ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya.Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 akan diadakan pada 22 Dis nanti.
  
"Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara.
  
"Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey," katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di sini, hari ini.


Apex dan Leuniey mula berkenalan sewaktu menjayakan rakaman produk haruman 'Simply Siti' sekitar tahun lalu.Setelah dilanda pelbagai gosip akhirnya mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga.Tahniah diucapkan!  

Menurutnya Apex lagi, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apex.