CINTA 3 SEGI...(dari kiri) Shah Iskandar, Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
TIADA angin tiada ribut (walaupun cuaca sekarang musim hujan...) alih-alih timbul gosip terbaharu yang mendakwa pelakon baru, Shah Iskandar mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita Rozita Che Wan @ Che Tah. Mereka dikatakan intim sejak terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam dua bulan lalu sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada pelakon Zain Saidin.
Okay, al-kisah 'cinta' tiga segi lah ni?
Bercakap kepada mStar Online, jejaka berusia 30 tahun itu berkata Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura itu memberitahu, dia bersedia untuk bersemuka dengan pelakon itu bagi meleraikan salah faham berhubung isu tersebut. Walaupun dia tidak tahu status sebenar hubungan Zain dan Che Tah, dia langsung tidak menyalahkan Zain dan seandainya perlu, dia terbuka untuk berjumpa dengan pelakon itu bagi menjelaskan mengenai gosip berkenaan.
Shah turut menegaskan hubungan dia dengan Che Tah pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional, tiada apa-apa yang serius.
Dalam pada itu, Shah tidak menolak jika ditakdirkan hubungannya menjadi lebih rapat dengan Rozita pada masa akan datang kerana dia menyenangi sikap wanita berusia 39 tahun itu.
Sementara itu, laporan turut menyebut yang Zain ada mengirimkan puluhan bunga ros dan patung beruang ke bilik penginapan Che Tah ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Ikan bagi memujuk hati wanita itu yang dikatakan sedang merajuk. Namun pelakon itu enggan mengulas hal tersebut (bagi bunga pada Che Tah) malah menjelaskan dia tiada masalah mengenai gosip itu dan tidak fikir yang Shah dan Che Tah mempunyai hubungan yang serius.